Kementerian Kesihatan mendedahkan sifat semula jadi pandemik coronavirus (COVID-19) adalah suka dan ‘menyayangi’ manusia.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, COVID-19 akan menjadikan tubuh badan manusia sebagai perumah untuk menggandakan kekuatannya.

“Sifat virus ini suka manusia, dia sayang manusia. Ia akan menggunakan segala tenaga tuan rumah mereka (manusia) untuk hidup dan menggandakan kekuatannya," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Dr. Adham berkata, virus itu tidak akan berdaya sekiranya seseorang individu mempunyai imuniti badan yang tinggi.

"Tetapi jika mereka yang dijangkiti adalah co-mobiliti (mempunyai penyakit lain), mengambil pelbagai ubatan termasuk penyakit kronik seperti kencing manis dan sebagainya, ini yang kita perlu ambil perhatian," jelasnya.

Semalam, kajian dibiayai kerajaan Amerika Syarikat (AS) melaporkan COVID-19 mampu bertahan di permukaan udara selama beberapa jam.

Virus itu akan menyebabkan pesakitnya mempunyai tahap yang sama di luar tubuh seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

BACA: COVID-19: Kematian di Indonesia melonjak ke 25 orang, tertinggi di Asia Tenggara