Dua lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam dua kes samseng jalanan yang dilaporkan berlaku pada Rabu dan Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek masing-masing berusia 20 dan 36 tahun didakwa telah bersubahat membuli dua pemandu kenderaan di bandar tersebut.
Beliau berkata, dalam kejadian pertama yang berlaku kira-kira jam 6.20 pagi pada Rabu, seorang mangsa berusia 22 telah diserang oleh dua suspek yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Totoya Hilux.
Menurut Stanley, mangsa telah diserang oleh dua suspek terbabit yang bertindak memecahkan bahagian tingkap hadapan kereta pengadu.
"Suspek dipercayai bertindak demikian kerana menuduh pengadu mencuri telefon bimbit milik salah seorang daripada mereka.
“Kes kedua, suspek sama dilaporkan cuba melanggar sebuah kereta milik seorang lelaki berusia 48 tahun menggunakan Toyota Hilux di simpang Jalan Indah, Teku pada jam 6.20 pagi Khamis,” katanya dalam kenyataan di sini.
Stanley berkata, punca mangsa diserang adalah kerana suspek berang lelaki itu memandu perlahan.
Bertindak atas dua laporan itu, katanya, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah menahan suspek pertama yang merupakan seorang penganggur di sebuah di rumah di Jalan Teku pada jam 1.20 petang Jumaat.
"Suspek bertindak agresif ketika ditangkap namun polis berjaya menggarinya. Polis juga merampas sebilah taji ayam yang disimpan dalam poket seluar sebelah kanannya dan sebuah Toyota Hilux dipercayai digunakan semasa kejadian," ujarnya.
Beliau berkata, suspek kedua bekerja sebagai penanam sayur ditangkap di Jalan Hock Ming, Sungai Bidut kira-kira jam 1.30 petang.
Tambahnya, kedua-dua suspek kini direman selama empat hari sehingga 8 Januari ini untuk siasatan di bawah Sekyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Angelina Sinyang
Sat Jan 04 2020
Suspek dikatakan bertindak agresif ketika ditangkap namun polis berjaya menggarinya. - Foto ihsan PDRM
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Diserang kerana memandu perlahan, dua samseng jalanan dicekup
Dua lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam dua kes samseng jalanan yang dilaporkan berlaku pada Rabu dan Jumaat lalu.