Penerima anugerah ASEAN Prize 2019, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood mahu menyumbangkan separuh daripada wang kemenangan AS$20,000 (RM83,310) yang diterimanya kepada Yayasan Surin Pitsuwan dan bakinya kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia.
Pengasas Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) Malaysia berkata yayasan itu yang baharu didaftarkan Ogos lalu mempromosi bantuan pendidikan, membasmi kemiskinan, meningkatkan hubungan diplomasi dan keselamatan manusia.
Tambahnya, Allahyarham Surin Pitsuwan yang juga bekas Setiausaha Agung ASEAN dan Menteri Luar Thailand juga adalah mentornya dan banyak kali bekerjasama berkaitan urusan bantuan kemanusiaan termasuk kejadian Taufan Nargis di Myanmar pada 2008.
“Saya banyak belajar daripadanya dan saya berharap bantuan ini dapat membantu yayasan berkenaan kerana beliau mempunyai visi dan misi besar bagi dalam membantu meningkatkan tahap pendidikan, membasmi kemiskinan, mempromosi hubungan baik antara kaum dan agama.
“Separuh lagi wang ini saya mahu salurkan bagi membantu PBSM Malaysia untuk mengendalikan kerja dan aktiviti kemanusiaan kerana saya kini berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC).
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Kementerian Luar kerana mencalonkan saya. Anugerah ini dapat cetuskan semangat kepada rakyat Malaysia dan ASEAN sebab saya ingin melihat ramai lagi warga Malaysia dan ASEAN menyertai bidang kemanusiaan dan pembangunan dan seorang wanita ini satu inspirasi kepada wanita lain.
“ASEAN adalah sebuah wilayah yang makmur dan banyak peluang ekonomi tetapi banyak risiko bencana yang tinggi dan kalau warga ASEAN tidak memahami bagaimana mengendali dan mencegah bencana jadi akan masalah pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau menerima piala ASEAN Prize 2019 dan wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM83,310) daripada Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-ocha ketika majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen dan Pameran IMPACT, dekat sini.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyaksikan penyampaian anugerah itu.
Turut hadir, Setiausaha Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi.
Najib Aroff
Sun Nov 03 2019
Dr Jemilah menerima piala ASEAN Prize 2019 dan wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM83,310) daripada Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-ocha ketika majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35. - Foto Astro AWANI/Najib Aroff
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
AWANI Tonight: Harnessing AI to Enhance Primary Education
Dr Sia Chin Chin from Taylor's University shares insights on effectively integrating AI education to enhance learning outcomes in primary schools.
UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.