Bergelar yatim piatu sejak dua tahun lalu dan menyara hidup dengan wang pencen arwah bapa, tidak mematahkan semangat dua beradik untuk meneruskan kehidupan.
Norshazuahaniza Hanim Mohamad Esam, 19 dan Norshazreen Haniza Hanis Mohamad Esam, 16 juga memastikan wang pencen RM1,300 sebulan itu dimanfaatkan sepenuhnya.
"Arwah ibu Khatijah Ibrahim meninggal dunia akibat kencing manis kronik pada 2011 semasa berusia 41 tahun manakala bapa, Mohamad Esam Haron, pesara tentera meninggal tiga tahun kemudian pada usia 47 tahun, juga akibat penyakit sama," kata Norshazuahaniza Hanim kepada pemberita, di sini hari ini.
Pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 2 itu berkata selepas kematian ayah, dia dan adiknya ditempatkan di Rumah Anak Yatim Darul Hanan.
Bagaimanapun selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia kembali tinggal di rumah peninggalan ibu bapa di Taman Scientex di sini sementara adik yang bersekolah di tingkatan empat di SMK Pasir Gudang 1 masih tinggal di Darul Hanan dan hanya pulang setiap dua minggu, katanya.
Menurut Norshazuahaniza Hanim dia menggunakan wang pencen arwah bapanya untuk menjelaskan bayaran bulanan rumah sebanyak RM650 selain bil utiliti dan duit saku adik.
Bagi menampung perbelanjaan, Norshazuahaniza Hanim berkata dia memanfaatkan cuti sekolah dengan bekerja.
Pada SPM lepas, gadis itu mencatat keputusan 5A manakala adiknya memperoleh 4A dalam Pentaksiran Tingkatan 3.
"Kalau ada peluang saya hendak sambung belajar, tetapi kalau tidak dapat pun saya harap saya dapat bekerja sebagai penjawat awam dan bantu adik saya yang mahu menjadi seorang cef," katanya.
Terdahulu, dia menerima sumbangan peribadi berbentuk wang tunai dan keperluan asas daripada Anggota Parlimen Pasir Gudang Datuk Normala Abd Samad.
Sementara itu, Normala berkata pihaknya akan menghulurkan bantuan yang sesuai kepada kedua anak yatim berkenaan selain memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
Selain itu, beliau juga menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal Miskiah Satar, 49, di Nusa Damai yang kehilangan suami, Hamidi Mohd Nor, dalam satu kemalangan di Plentong Oktober tahun lalu.
Miskiah yang tinggal bersama lima anak berusia antara 10 dan 19 tahun bergantung hidup kepada bayaran faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial.
Menurut Normala, pihaknya akan menghulurkan bantuan berupa kelas kemahiran selain meminta bantuan JKM bagi memastikan anak-anak Miskiah dapat meneruskan pembelajaran mereka.
Individu yang berhasrat membantu keluarga ini boleh menghubungi Miskiah menerusi talian 012-7134707.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2017
Bergelar yatim piatu dan menyara hidup dengan wang pencen arwah bapa, tidak mematahkan semangat dua beradik untuk meneruskan kehidupan. - fotoBERNAMA
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Dua beradik yatim piatu ikat perut tampung belanja sekolah
Bergelar yatim piatu sejak dua tahun lalu dan menyara hidup dengan wang pencen arwah bapa, tidak mematahkan semangat dua beradik untuk meneruskan kehidupan.