Dua beranak ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Sungai Udang di sini, pagi tadi.

Kedua-dua mangsa terperangkap dalam rumah dan gagal menyelamatkan diri berikutan pintu belakang rumah terkunci selain terhalang dengan barang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.48 pagi sebelum anggota bomba tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua mangsa iaitu seorang wanita warga Indonesia berusia 48 tahun dan anak lelakinya berusia 18 tahun dijumpai rentung di dalam bilik air.

"Kedua-duanya dipercayai gagal menyelamatkan diri kerana pintu belakang dikunci selain dihalang dengan alat perkakas," katanya.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.