Dua butir bom telah meletup di hadapan sebuah pejabat kerajaan dalam Wilayah Yala di selatan Thailand menyebabkan 25 orang cedera termasuk tujuh wartawan, kata seorang pegawai keselamatan.
Jurucakap Divisyen ke-4 Tentera Kolonel Pramote Prom-in berkata letupan di hadapan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) berlaku ketika para pegawai tinggi dan pegawai kesihatan sedang bermesyuarat bagi membincangkan penularan wabak COVID-19.
Beliau berkata bom buatan sendiri yang pertama meletup pada kira-kira 10.30 pagi (waktu tempatan) di luar pejabat SBPAC, dipercayai bertujuan menarik orang ramai keluar.
"Kira-kira 10 minit kemudian, sebutir lagi bom buatan sendiri yang diletakkan di sebuah trak pikap, kira-kira 100 meter dari bilik mesyuarat itu, meletup.
"Dua puluh lima orang cedera, termasuk tujuh wartawan tempatan, beberapa orang yang lalu-lalang, anggota polis dan tentera. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Letupan kedua itu telah merosakkan sesetengah bahagian bangunan itu dan beberapa kereta yang diparkir di kawasan berhampiran.
Polis belum menolak sebarang motif di sebalik pengeboman itu. Bagaimanapun, setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan pengeboman itu.
Sementara itu, Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha yang juga Menteri Pertahanan Thailand telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk memburu pelaku insiden pengeboman tersebut untuk mengheret mereka ke muka pengadilan.
Beliau turut mengarahkan agensi berkaitan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang cedera dalam insiden itu.
Sementara itu, jurucakap pertahanan Leftenan Jeneral Kongcheep Tantravanich berkata Kementerian Pertahanan mengutuk serangan tersebut.
"Ia adalah perbuatan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ia juga mencabul hak asasi manusia dan menjadi halangan kepada proses damai yang sedang berlangsung di selatan Thailand," menurutnya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 17 2020
Letupan di hadapan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) pada Selasa berlaku ketika para pegawai tinggi dan pegawai kesihatan sedang bermesyuarat bagi membincangkan penularan COVID-19. -- fotoBERNAMA
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.
AI digunakan Amerika untuk bom 85 sasaran di Asia Barat
Menurut Bloomberg, AI yang dibangunkan di bawah Project Maven telahpun digunakan untuk melakukan misi pengeboman di Asia Barat.
Wartawan Al Jazeera terbunuh ketika sedang membuat liputan
Jurukamera Arab Al Jazeera Samer Abudaqa terbunuh dan rakan sekerjanya Wael Dahdouh cedera ketika sedang membuat laporan.
Pertubuhan Islam kutuk serangan bom Israel ke atas sekolah di Gaza
Pengeboman Israel ke atas sekolah berkenaan turut mendapat kecaman meluas dari negara dan pertubuhan Arab dan Islam.
Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki bahan letupan serta memiliki pistol tiruan tanpa kebenaran.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura musnahkan bom Perang Dunia Kedua seberat 100kg
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan melaksanakan pelupusan terkawal bom Perang Dunia II seberat 100 kilogram hari ini.
Panggilan bom palsu di AEON Mall Klebang, polis tahan seorang lelaki
Warga tempatan berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Tasek kira-kira jam 9.30 malam tadi.
7 maut dalam letupan bom di Pakistan
Polis dan pasukan keselamatan telah menutup kawasan itu dan melancarkan operasi bagi menangkap pelakunya.
Ada bahan boleh sebabkan kebakaran pada botol disyaki IED - Ayob Khan
Ayob Khan berkata polis bagaimanapun masih menungggu laporan lengkap berhubung bahan letupan itu.