Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut selepas kereta mereka bertembung sebuah treler di Kilometer 70, Jalan Kuantan-Segamat awal pagi tadi.

Suhaili Zahraa Saleh, 22, pemandu kereta itu dan rakannya Muhammad Amirul Farhan Muhammad Fauzi meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Amran Sidek berkata dalam kejadian 5.30 pagi itu mereka dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju Segamat.

"Kereta mereka dipercayai terbabas dan bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan," katanya. -- BERNAMA