Barisan exco Negeri Selangor akan ditentukan Khamis ini selepas sesi perbincangan dengan pihak Istana Selangor.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan akan melibatkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) dalam menentukan pemilihan exco yang baru.
"Kita akan ada perbincangan petang ini untuk lihat komposisi Exco. Saya akan segerakan kerana Tuanku menitahkan perkara ini agar dapat selesai segera.
"Proses perbincangan belum bermula dan kita akan maklumkan. Istiadat angkat sumpah exco Negeri akan diadakan Jumaat ini dan keputusan tertakluk kepada perbincangan," katanya pada sidang media di Balai Tengah Istana Alam Shah, Klang.
"Proses perbincangan belum bermula dan kita akan maklumkan," kata Azmin, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa dalam isu untuk menentukan kedudukan Empat Exco dari PAS.
Ketika ditanya samada beliau akan menjadi boneka kepada Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin berkata, "mari kita bergerak kedepan. Keputusan telah pun dibuat dan saya pun telah mengangkat sumpah maka saya akan berusaha bekerjasama dengan semua parti dan memastikan janji yang telah diberikan kepada rakyat dilaksanakan,"
Azmin bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut sama ada Presiden PKR yang memberi laluan kepadanya akan diberikan jawatan Exco dalam Selangor.
Azmin turut menambah cabaran paling besar adalah untuk mengukuhkan kembali semula kerjasama dalam PR supaya segala pentadbiran berjalan lancar.
Azmin, 50, dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah di Balairon Seri, Istana Alam Shah sekitar jam 10.40 pagi Selasa.
GALERI FOTO: WAJAH-WAJAH AZMIN ALI, MB BARU SELANGOR
[INFOGRAFIK]: SIAPA AZMIN ALI?
Nabihah Hamid
Tue Sep 23 2014
AZMIN: Exco Negeri Selangor ditentukan pada Khamis - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
PRN: Azmin yakin PN bentuk Kerajaan Negeri Selangor malam ini
Keyakinan tersebut bersandarkan kepada sokongan para pengundi yang dilihat sepanjang 14 hari kempen termasuk 'Grand Finale' malam tadi.
Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik
Kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bergantung kepada sejauh mana kekuatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyaingi kem-kem lain yang wujud di dalam arti itu sendiri.
Video Intim: Polis sahkan terima laporan Haziq
Video Intim: Polis Sahkan terima laporan Muhammad Haziq
Kabinet bayangan pembangkang diputuskan selepas mesyuarat Pakatan - Azmin
Penubuhan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang hanya akan diputuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan itu dalam tempoh terdekat ini.
Bajet: S'gor cadang tambah 50 peratus peruntukan pembangunan
Kerajaan Selangor bercadang menambah hampir 50 peratus peruntukan perbelanjaan pembangunan di negeri itu dalam rangka Bajet 2015 yang akan dibentangkan bulan depan.
Azwan Ali: Abang saya layak jadi MB
Selebriti Azwan Ali percaya abangnya Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa layak menjadi Menteri Besar Selangor.
Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin
Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan PKR pada PRU13 ini.