Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusuf pagi ini membuang undi di Sekolah Kebangsaan Rakyat Bolhassan di sini.

Beliau ditemani isteri, antara yang terawal membuang undi di pusat pembuangan undi sekitar bandar Kuching.

Mengenakan kemeja biru terang, beliau kelihatan tersenyum ceria menyantuni pengundi yang mula membanjiri pusat undi pagi ini.

Cuaca cerah di bandar Kuching tidak menjejaskan proses pengundian setakat jam 9 pagi ini.

Parlimen Petra Jaya mempunyai 57,925 pemilih berdaftar.

Fadillah merupakan penyandang kerusi ini, setelah menumpaskan calon PKR, Ahmad Nazib Johari, dengan majoriti 21,443 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau disaingi Datuk Dr Ir Nor Irwan Ahmat Nor, calon PKR, dan Hamdan Sani (Pas).