Kantin Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, ditutup dua minggu bermula semalam selepas pemeriksaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru mendapati pengusaha premis itu gagal mematuhi beberapa piawaian mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata pemeriksaan oleh PKD Johor Bahru ke atas kantin itu dilakukan susulan aduan gambar tular memaparkan seekor tikus di sebuah kantin.
"Arahan penutupan kantin (HSI) telah dikeluarkan bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh dijalankan dan hanya akan dibenarkan dibuka semula apabila tahap kebersihan dapat dicapai dengan sempurna dan mematuhi syarat-syarat ditetapkan," katanya dalam kenyataan, di sini pada Selasa.
Dr Selahuddeen berkata Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan HSI mengambil berat isu-isu berkaitan kebersihan serta keselamatan makanan dan pengguna boleh menghubungi JKNJ atau PKD terdekat jika mempunyai aduan berkaitan kebersihan serta keselamatan makanan.
Beliau berkata JKNJ dan HSI akan sentiasa memantau dan memastikan pelaksanaan aktiviti pencegahan kerosakan serta kawalan makhluk perosak dijalankan oleh pihak konsesi dan aktiviti pembersihan juga dilakukan oleh pengusaha kantin.
"JKNJ Johor juga ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja kawalan serangga dan haiwan perosak adalah merupakan satu daripada skop kerja penyelenggaraan 'Planned Preventive Maintenance' (PPM) dalam program penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH).
"Syarikat konsesi yang dilantik akan menjalankan kawalan tikus melalui aktiviti pemeriksaan rutin dan PPM mengikut frekuensi yang telah ditetapkan iaitu pada setiap hari dan setiap bulan dengan menggunakan pelbagai kaedah atau mekanisme seperti penggunaan umpan dan perangkap serta menutup laluan tikus dan penghapusan tempat pembiakannya," katanya.
Selain itu, beliau berkata operator kantin juga mesti menjaga kebersihan di kantin dan menjalankan aktiviti kawalan serangga serta haiwan perosak kerana pelaksanaan tersebut merupakan antara skop kontrak serta tanggungjawab operator kantin dengan pihak hospital.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 05 2019
Gambar yang ditularkan di media sosial menunjukkan seekor tikus yang memanjat di bahagian hidangan makanan sebuah kantin. - Foto: Media sosial
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
Jumlah kes keracunan makanan catat penurunan 44.2 peratus - Dr Noor Hisham
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM memandang serius isu berkaitan soal keselamatan dan kebersihan makanan.
Pengusaha kantin dilepas tuduhan mudaratkan kesihatan pelajar
Majistret membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
KKM kesan 21 produk makanan mengandungi racun
Perkara itu dikenal pasti hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sepanjang tahun 2019 hingga Ogos 2020.
Lebih 12,700 produk makanan disita dalam Op Label
Op Label itu dijalankan bagi memastikan produk makanan yang dijual dilabel dengan betul dan tidak mengelirukan pengguna.
Gagal patuhi piawaian, kantin HSI ditutup dua minggu
Pemeriksaan oleh PKD Johor Bahru ke atas kantin itu dilakukan susulan aduan gambar tular memaparkan seekor tikus di sebuah kantin.
Iklan bertentangan Akta Makanan, syarikat D'Herbs didenda RM11,000
Didenda atas kesalahan mengiklankan kenyataan yang mempunyai akuan kesihatan yang bertentangan dengan Akta Makanan 1983, bagi dua produknya.
Mesin jual air layan diri perlu lesen Kementerian Kesihatan mulai 1 Jan 2016
Pengusaha mesin menjual air layan diri perlu memiliki lesen daripada Kementerian Kesihatan mulai 1 Jan tahun depan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.