Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak menolak kemungkinan untuk memanggil pulang kesemua lima pendakinya yang kini berada di Everest Base Camp (EBC), Nepal.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Wahid Omar berkata keputusan itu dibuat sekiranya perlu bagi menjamin keselamatan mereka.
"Kepulangan mereka bukanlah bermakna misi mereka gagal, tetapi ia disebabkan bencana alam.
"UTM berbangga dengan kesungguhan, keberanian, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan kesemua pendaki dalam menjayakan impian mereka menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
GALERI FOTO : Malapetaka gempa bumi Nepal
Kumpulan pendaki itu terdiri daripada Jamhuri Jumari, 21; Farul Aidib Mahamad Yusoff, 21; Azham Afzanizam Hamzah, 27; dan ketua pendaki Azim Afif Ishak, 27; dan isterinya Anis Zulaikha Zabani, 25, berlepas ke Kathmandu pada 28 Mac bagi menjayakan Projek Misi Perdana UTM Everest 2015.
Mereka dijadual pulang ke tanah air Jun ini dan disahkan selamat dalam kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.
Menurut Wahid, pihaknya ketika ini sentiasa berhubung terus dengan kesemua pendaki itu, selain Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Kathmandu bagi mendapatkan perkembangan semasa dan memantau keselamatan mereka.
Sementara itu, dalam mesej WhatsApp kepada universitinya hari ini, Azim berkata mereka kini masih berada di EBC yang lebih selamat berbanding Kathmandu.
"Alhamdulillah, berita dari Kathmandu, keadaan kembali normal. Bekalan makanan dan ubat kami cukup untuk tiga bulan. Sherpa yang menjaga pasukan UTM seramai 19 orang.
"Hari ini, kami masak nasi lemak dan rendang ayam," katanya.
Bernama
Mon Apr 27 2015
Kumpulan pendaki itu terdiri daripada Jamhuri Jumari, 21; Farul Aidib Mahamad Yusoff, 21; Azham Afzanizam Hamzah, 27; dan ketua pendaki Azim Afif Ishak, 27; dan isterinya Anis Zulaikha Zabani, 25 tahun.
AWANI Ringkas: Polis kesan pemilik akaun timbul kebencian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Bayi maut, jangkitan kuman di rumah pengasuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas
Polis merampas 427 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM854,000 dalam satu serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Taman Scientex Senai di Kulai, Ahad lepas.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin
Fahmi menyifatkan persidangan itu sebagai satu acara terbaik dalam menekankan tanggungjawab dan peranan ketua agama terhadap masyarakat.
Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah
Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.
Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Indonesia transformasi sektor teknologi, kurangkan pergantungan kepada pasaran luar
Joko Widodo sedang mendorong transformasi dalam sektor teknologi negara dalam mengubah statusnya daripada sebuah negara pengguna kepada pengeluar.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Gempa bumi Nepal: UTM mungkin panggil pendaki pulang
UTM tidak menolak kemungkinan untuk memanggil pulang kesemua lima pendakinya yang kini berada di Everest Base Camp (EBC), Nepal.