Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan tindakan segelintir pihak menggunakan perarakan Hari Wanita di Kuala Lumpur untuk mempertahankan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai menyalahgunakan ruang demokrasi.

Justeru, beliau menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri yang mempunyai kuasa perundangan untuk bertindak dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit.

Ujar Ahli Parlimen Parit Buntar itu, kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

"Mana mungkin, kita mengiktiraf ia suatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

"Malah, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menegaskan tentang perkara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

BACA: LGBT tidak diterima di Malaysia - Tun Mahathir

Sebahagian daripada kumpulan yang berarak di sekitar ibu negara sambil melaungkan slogan pro-LGBT pada Sabtu. - Foto: Media sosial

Malaysiakini melaporkan, himpunan itu memfokuskan pada lima tuntutan, iaitu menggesa supaya keganasan berdasarkan gender dan orientasi seksual dihentikan; melarang semua perkahwinan kanak-kanak; menjamin hak-hak wanita terhadap diri dan kehidupan mereka; memastikan gaji minima RM1,800 dan menghapuskan patriaki (ketuanan lelaki) dalam masyarakat.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan lazim mengesahkan menerima laporan mengenai perarakan tersebut.

BACA: Polis terima aduan, sedang siasat perarakan LGBT di ibu negara



Artikel berkaitan isu LGBT:

BACA: Perkahwinan sejenis hendak diiktiraf di negara ini? 'Kita tolak!', kata Anwar Ibrahim

BACA: Isu LGBT di Malaysia masih terkawal - Mujahid

BACA: Jumlah golongan homoseksual, transgender meningkat setiap tahun - Jakim

BACA: Tiada lagi adegan LGBT dalam filem, drama