Akibat percayakan kenalan di laman sosial Facebook dan WhatsApp, seorang guru wanita mendakwa kerugian RM48,250 apabila ditipu awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata guru tersebut mendakwa hanya menyedari dirinya tertipu setelah melakukan transaksi sebanyak 11 kali ke dalam dua akaun bank yang berbeza bermula 11 Okt lalu.
"Pada 11 Okt lalu kenalan mangsa dikatakan pergi ke Sarawak dan telah meminta bantuan mangsa supaya memasukkan wang ke dalam dua akaun bank atas nama Mohd Faisal Fauzi dan Umadevi A/P Raj dengan alasan untuk membuka kad ATM di sebuah bank lain di Miri.
"Kerana terlalu percayakan kenalannya itu dan tidak mengesyaki diri ditipu, guru berkenaan telah melayani permintaan tersebut dengan memasukkan wang melalui transaksi ke dalam kedua-dua akaun berkenaan melalui sebuah bank di Jertih di sini," katanya kepada media di sini pada Isnin.
Mohd Zamri berkata, setelah melakukan transaksi wang yang diminta, kenalannya dikatakan terus mendesak supaya mangsa menghantar lagi wang kepadanya namun tidak diendahkannya dan memutuskan untuk membuat laporan polis.
Menurutnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang doktor kerugian RM29,800 apabila melayani mesej menerusi emel yang mendakwa daripada sebuah bank dan mengarahkannya supaya mengemaskinikan akauannya pada Sabtu lalu.
Mohd Zamri berkata mangsa yang berusia 52 tahun kemudian mengemaskinikan akaunnya menerusi laman web dan turut memberikan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) seperti yang diminta.
"Mangsa kemudian mendapati wang daripada akaunnya sebanyak RM29,800 telah dipindahkan ke akaun sebuah bank lain atas nama Jacenta@Ja setelah mengemaskini akaunnya seperti diarahkan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(3) Akta Jenayah Komputer 1997.
Berikutan dua kes berkenaan, Mohd Zamri meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan permintaan pihak yang tidak dikenali melalui media sosial atau arahan daripada telefon atau emel bagi mengelakkan daripada ditipu.
Katanya, jika menerima sebarang arahan supaya mengemaskinikan akaun, tindakan terbaik ialah mendapatkan pengesahan daripada bank sebelum melakukan sesuatu. - Bernama
Bernama
Mon Oct 24 2016
Menurut polis, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Hina Raja Perlis, peniaga dihadap ke mahkamah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis di laman Facebook pada Mac lalu.
Kerajaan pantau konflik Asia Barat, pastikan keselamatan rakyat terjamin - PM Anwar
Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Asia Barat dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.
Facebook pernah pertimbang bayar pengguna untuk data penggunaan
Facebook dikatakan pernah suatu ketika dahulu mempertimbangkan untuk membayar pengguna yang menggunakan platform berkenaan. Namun, idea berkenaan ditolak dan tidak diteruskan.
Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam'
Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.
Aidilfitri: 1.9 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK - ANIH Berhad
Lebih 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan 882,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), bagi tempoh 11 hari bermula hari ini.
'Call centre' pelaburan tidak wujud diserbu, 40 ditahan
Polis Johor menahan seramai 40 individu dipercayai terbabit dengan sindiket yang menawarkan pelaburan tidak wujud setelah menyerbu sebuah premis perniagaan yang dijadikan sebagai 'call centre'.
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.
Malaysia akan terus jadi Pengerusi ASEAN yang berkesan - Duta AS
AS mempunyai keyakinan penuh Malaysia sekali lagi akan menjadi Pengerusi ASEAN yang berkesan pada 2025.