Seorang lelaki berusia 27 tahun tidak serik melakukan jenayah melibatkan bahan terlarang, apabila dicekup sekali lagi mengedar pil kuda dan syabu.

Suspek sebelum ini pernah ditahan selama lapan bulan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 pada tahun 2015 dan dibebaskan.

Pada 13 Januari lalu dan atas maklumat orang ramai, lelaki tersebut telah ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang.

Penahanan lelaki Melayu tersebut telah membawa polis kesebuah rumah dan pihak polis telah menjumpai 11,974 biji pil kuda dan 143 gram Syabu. Turut dijumpai wang tunai berjumlah RM7,800 serta barang kemas bernilai RM6,948.

Suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan dua darinya berkait dadah dan pernah ditahan dibawah seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya langkah-langkah pencegahan khas 1985 dan satu rekod berkaitan jenayah rogol dibawah sekyen 376 Kanun Keseksaan.

"Suspek pernah ditangkap dalam tahun 2015 dan telah ditahan untuk satu temph yang hampir lapan bulan dan kini dia aktf semula dan telah ditangkap. Dadah-dadah ini dari siasatan awal adalah untuk pasaran disekitar Kuantan hingga di Kemaman, sempadan Terengganu," ujar Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Pahang, Superintendan Lam Thiam Huat.

Saringan air kencing mendapati suspek adalah negatif dan siasatan awal mendapati suspek mendapat bekalan dadah di negeri Kelantan daripada seorang pembekal dari negara jiran.

Jumlah keseluruhan rampasan ialah RM189,286 dan suspek kini ditahan reman selama seminggu sehingga 20 Januari 2017 dan siasatan dibawah seksyen 38B Akta Dadah berbahaya 1952.