“Hari pertama sebagai Perdana Menteri, sekali lagi," tulis Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini di laman Instagram.

Mahathir menerusi laman Instagramnya berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau di dalam bilik mesyuarat dan gambar beliau berucap di persidangan media yang berlangsung pagi ini di Kuala Lumpur.

Susulan itu, netizen membanjiri laman komen akaun Mahathir dengan mengucapkan tahniah dan melahirkan kata-kata semangat untuk Perdana Menteri kesayangan mereka.

Menurut netizen, mereka yakin Mahathir akan pikul amanah yang dimandatkan kepada beliau dengan penuh tanggungjawab.

“Semoga Tun diberikan kesihatan yang baik, please make Malaysia great once again,” tulis seorang netizem, Ruzaini.

“Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi Allag SWT untuk terus memulihkan dan menstabilkan negara dan membela nasib rakyat. Maafkan kami terpaksa meminjam usia senjamu Tun," komen seorang lagi netizen, Iera.

"Welcome back hero! Semoga Allah panjangkan usia Tun, melindungi dan selalu dalam keberkatanNya..Kami sayang Tun," tulis Yuszlyea.



First day on the job... once again.

A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) on