Keradangan hati atau hepatitis adalah penyakit berbahaya malah 100 kali lebih bahaya berbanding HIV dan Aids, kata Pengerusi Kelab Gastroenterohepatologi Pantai Timur, Datuk Dr Rosemi Salleh.
Beliau berkata penyakit hepatitis B dan C adalah pembunuh senyap dan boleh membawa kepada risiko kanser hati kronik jika tidak dirawat dari awal.
"Antara punca penyakit ini adalah melalui pemindahan darah dan hubungan kelamin," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Hepatitis Peringkat Negeri Kelantan yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Dr Mohd Azman Yaakob di sini, hari ini.
Dr Rosemi berkata berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2015, terdapat 325 juta orang seluruh dunia dijangkiti virus hepatitis.
"Namun dengan peredaran masa dan teknologi terkini, terdapat rawatan berkesan untuk mengawal penyakit hepatitis B serta C dan Kementerian Kesihatan menyahut seruan WHO yang menyasarkan pada tahun 2030 virus penyakit ini dan penyakit berjangkit lain akan dapat dikurangkan," katanya.
Dr Rosemi berkata terdapat lima virus hepatitis iaitu A, B, C, D dan E, namun hepatitis B dan C boleh mengakibatkan penyakit hati kronik jika tidak dirawat, sekali gus memberi kesan ekonomi dan beban penyakit yang tinggi kepada negara.
Beliau berkata masyarakat di Kelantan kurang mengambil berat mengenai penyakit hepatitis dan melalui kajian yang dibuat hanya 40 peratus sahaja yang mempunyai kesedaran mengenai bahaya penyakit itu.
"Dalam setahun kerajaan perlu memperuntukkan antara RM25,000 dan RM50,000 bagi kos ubat-ubatan untuk seorang pesakit hepatitis B dan C.
"Penyakit hepatitis senang untuk dikesan apabila pesakit datang mendapatkan rawatan, namun sukar untuk diubati disebabkan kos perubatannya yang tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2017
DR ROSEMI berkata hepatitis adalah penyakit berbahaya malah 100 kali lebih bahaya berbanding HIV dan Aids. - Gambar Bernama
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
124 kes HIV baharu di Johor - Exco
Sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon.
Johor catat 494 kes HIV, 244 kes AIDS sehingga minggu epid 24/2022
Johor Bahru melaporkan kes HIV baharu tertinggi iaitu 122 kes.
Jangkitan baharu HIV menurun 70 peratus dalam tempoh 20 tahun - KKM
Rawatan ubat antiretroviral kepada orang yang hidup dengan HIV telah dipertingkatkan kepada 66 peratus pada tahun lepas.
Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba
Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang yang tidak diperlukan kepada perkhidmatan rawatan, pencegahan dan penjagaan HIV.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS adalah lelaki
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah terdiri daripada golongan lelaki, kata Ketua Sektor HIV/AIDS dan Hepatitis C Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman.
MAF, Perkeso jalin kerjasama bantu pencarum HIV/AIDS
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeson) dan Yayasan Aids Malaysia (MAF) jalin kerjasama bagi memperkasakan ODHA dalam kalangan pencarum.
Pesakit AIDS juga manusia, dekati mereka. Agenda AWANI 9 malam ini
Akhiri ketidaksamaan layanan terhadap pesakit AIDS untuk kita bersama menangani penyakit tersebut.
Usaha tangani HIV/AIDS berdepan tekanan tatkala COVID-19 berlanjutan - Prof Adeeba
Antara cabaran lain termasuk kekuatan fizikal dan mental mereka yang menggerakkan inisiatif tersebut.
Agong bangga atas pelantikan Dr Adeeba sebagai anggota Majlis Sains WHO
Pakar penyakit berjangkit negara Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman atas pelantikan menjadi anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).