BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 22 Ogos hingga 28 Ogos 2016.

Antara tajuk-tajuk utama minggu lalu termasuk gempa bumi kuat di Itali dan Myanmar, dan dakwaan pencabulan seksual di sebuah maahad tahfiz di Perak.


ISNIN, 22 OGOS: Sungai Lembing: Bandar mati hidup semula

Pada satu masa dahulu, Sungai Lembing ialah kawasan perlombongan bijih timah kedua terbesar dunia selepas Bolivia.
Sungai Lembing yang terletak di daerah Kuantan, Pahang adalah antara lokasi yang tersenarai sebagai bandar mati. Laporan eksklusif Astro AWANI.


SELASA, 23 OGOS: Proton lancar Persona generasi kedua

Proton Persona generasi kedua
Proton Persona generasi kedua dikuasakan dengan enjin 1.6 liter dan merupakan kereta Proton pertama yang disokong oleh indikator penanda pemanduan ‘eco’. (GALERI FOTO)


RABU, 24 OGOS: 'Pencabulan seksual luar tabii tidak berlaku'

Maahad Tahfiz Darul Barakah di Perak
Pemilik sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias menafikan berlaku pencabulan seksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang viral di media sosial.

Gempa bumi 6.2 magnitud gegarkan Itali

Antara kemusnahan gempa bumi Itali. - AFP
Gempa bumi itu lantas mengakibatkan kemusnahan bangunan dan bekalan kuasa terputus sekitar Rieti serta mengorbankan hampir 300 nyawa.

Gempa 6.8 magnitud gegar Myanmar

Orang ramai berkumpul dia luar akibat terasa gegaran di India.
Gegaran akibat gempa tersebut turut dirasai di Bangkok, Thailand; Bangladesh serta Kolkata di India. (GALERI FOTO)


KHAMIS, 25 OGOS: Wanita maut dihempap besi kren di Jalan Raja Chulan

Besi berkenaan dipercayai terjatuh daripada kren yang berada di sebuah tapak pembinaan, yang terletak bersebelahan pusat beli-belah Pavilion dan menimpa kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.
Seorang wanita maut apabila dihempap takal besi yang terjatuh daripada sebuah kren di Jalan Raja Chulan.

Syed Azmi dedah dakwaan cabul pelajar tahfiz: 'Cium Abi sebelum tidur'

Aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi mendedahkan butiran dakwaan pencabulan seks luar tabii yang berlaku di sebuah sekolah tahfiz, melalui kiriman Facebook.


JUMAAT, 26 OGOS: Busuk, kotor dan tercemar. Apa sudah jadi dengan Langkawi?

Kegagalan pengurusan sisa pepejal dipercayai menjadi punca pencemaran Sungai Kilim.
Busuk, kotor, dan tercemar; itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan nasib yang dialami Sungai Kilim, Langkawi yang dipercayai menjadi mangsa pencemaran akibat kegagalan pengurusan sisa pepejal di pulau itu.


SABTU, 27 OGOS: Wanita rakyat Malaysia pesakit pertama dijangkiti virus Zika di Singapura

Oleh kerana wanita itu tidak berkunjung ke kawasan-kawasan yang kes itu dilaporkan, dia mungkin telah dijangkiti di Singapura.
Seorang wanita rakyat Malaysia berusia 47 tahun dipercayai pesakit pertama dijangkiti virus Zika di Singapura.

Protes #TangkapMO1 berlangsung dengan aman

Ketua penganjur Tangkap MO1, Anis Syafiqah ketika berucap pada perhimpuan tersebut. - Astro AWANI/Mariah Ahmad
Bermula sekitar jam 2 petang, perhimpunan yang dianjurkan kumpulan aktivis Gerakan Anak Muda ini melakar beberapa titik pertemuan di sekitar ibu negara termasuk di hadapan pusat beli belah Sogo dan Masjid Negara.


AHAD, 28 OGOS: Dr Khir Toyo berkahwin lagi

Dr Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan, 39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.
Bekas menteri besar Selangor itu melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah.