Penularan kes Influenza A (H3) di beberapa kawasan di Perak tidak terlalu serius sehingga perlu mengeluarkan arahan menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata semua kes melibatkan 232 murid sekolah yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak kepada kementerian adalah berkaitan gejala ringan dan tidak menyebabkan komplikasi lain.
Tiada pelajar yang ditahan di hospital atau dikuarantin tetapi hanya diasingkan di bilik-bilik yang dikhaskan, katanya.
"Maknanya wabak ini bukanlah sesuatu dikatakan terlampau serius. Kita akui ada kes, ada gejala tetapi tidak sampai peringkat dikuarantin," katanya ketika ditanya sama ada kementerian akan menghentikan aktiviti sukan di sekitar Ipoh seperti kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) berikutan penularan kes influenza itu.
"Jadi, saya ingat buat masa ini belum ada arahan berkaitan keperluan memberhentikan semua kegiatan sukan di negeri itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Daripada 232 murid yang terlibat, 115 adalah dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Teluk Intan (87); SMK Sultan Azlan Shah, Bota dan Kolej Vokasional Slim River, masing-masing 13 kes dan Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya (empat), katanya.
Terdahulu, Mahdzir menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementerian Pendidikan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditandatangani Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Khair Mohamad Yusof sebelum diserahkan kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jalil.
Mengenai IBR, Mahdzir berkata ia menunjukkan kementerian komited memastikan warganya kekal berintegriti dan menjauhi amalan rasuah serta salah guna kuasa dalam memberikan perkhidmatan.
"Kita memiliki lebih 430,000 guru, lebih 500,000 kakitangan sokongan yang bekerja di pelbagai agensi dan bahagian di bawah kementerian dan ia memerlukan satu usaha padu dalam menghapuskan sebarang unsur yang mungkin boleh menyebabkan amalan rasuah," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2017
MAHDZIR: Kita akui ada kes, ada gejala tetapi tidak sampai peringkat dikuarantin. -Gambar fail
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
Influenza A: Tiada keperluan halang aktiviti sukan - Mahdzir
Penularan kes Influenza A (H3) di beberapa kawasan di Perak tidak terlalu serius sehingga perlu mengeluarkan arahan menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan, kata Menteri Pendidikan Datuk S
Jangkitan virus ILI di Perak meningkat ke 465 kes
Sebanyak 14 kes baru telah diasingkan ke dalam bilik sekolah masing-masing sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pengasingan seluruh negeri sebanyak 287 kes.
Influenza A (H3): 216 pelajar di tiga sekolah di Ipoh dikuarantin
Bagaimanapun, Mah tidak menetapkan sebarang tempoh kuarantin sebaliknya kesemua pesakit akan dipantau sehingga pulih sepenuhnya.