awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Influenza A (H3): 216 pelajar di tiga sekolah di Ipoh dikuarantin

Harits Asyraf Hasnan, Shafiq Noordin
Harits Asyraf Hasnan, Shafiq Noordin
10/03/2017
05:17 MYT
Influenza A (H3): 216 pelajar di tiga sekolah di Ipoh dikuarantin
Exco Kesihatan Perak, Datuk Mah Hang Soon meninjau proses kuarantin pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah yang dijangkiti virus Influenza A (H3) di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
Sejumlah 216 pelajar di tiga sekolah dalam daerah Kinta di sini dikuarantin kerana mengalami gejala Influenza A (H3) atau selesema bermusim, kata Exco Kesihatan Perak, Datuk Mah Hang Soon.
Bagaimanapun, Mah tidak menetapkan sebarang tempoh kuarantin sebaliknya kesemua pesakit akan dipantau sehingga pulih sepenuhnya.
Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan berkala kepada kesemua pesakit yang ditempatkan dalam blok asrama sekolah masing-masing.
Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan berkala kepada kesemua pesakit yang ditempatkan dalam blok asrama sekolah masing-masing.
"Mereka terdiri daripada 129 pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah, Sekolah Tunku Abdul Rahman (84) dan 3 pelajar di Sekolah Kebangsaan Klebang.
"Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan berkala kepada kesemua pesakit yang ditempatkan dalam blok asrama sekolah masing-masing," ujarnya.
Ibu bapa atau waris juga tidak dibenarkan berjumpa pesakit bagi mengelak wabak tersebut merebak.
Tiga pelajar di Sekolah Kebangsaan Klebang pula diarah kuarantin di rumah masing-masing.
Beliau turut menafikan mesej yang tular di media sosial pada ketika ini yang mendakwa pelajar tersebut dijangkiti virus H1N1 atau selesema babi.
Topic Berkaitan
#Datuk Mah Hang Soon
#Exco Kesihatan Perak
#H3
#Influenza A
#kuarantin
#Sekolah Kebangsaan Klebang
#Sekolah Raja Perempuan Taayah
#Sekolah Tunku Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan