Insiden gajah mati di Sabah dilihat semakin membimbangkan selepas 19 ekor gajah jenis 'Pygmy Borneo' direkodkan mati dari awal tahun sehingga bulan ini.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, kebanyakan bangkai gajah ditemui mati di daerah Lahad Datu, Kinabatangan, Telupid dan Lok Kawi.
Tambah Augustine, faktor utama kematian gajah-gajah tersebut adalah disebabkan penyakit namun siasatan menyeluruh mengenai sebab lain masih giat dilakukan pihaknya.
"Kebanyakan gajah ini mati disebabkan penyakit kerana melalui analisa tosikologi dan bakterialogi kami masih belum peroleh keseluruhan keputusan.
"Setakat ini ada dua ekor gajah yang mati disebabkan jerat namun kita memerlukan lebih ramai pakar-pakar yang boleh mengkaji secara mendalam sebab utama kematian gajah-gajah di Sabah ini," katanya ketika ditemui AWANI di pejabatnya di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Augustine turut menyatakan bahawa kemusnahan habitat gajah oleh manusia juga merupakan salah satu faktor yang membawa kepada kematian haiwan terancam ini.
Menurutnya, walaupun Sabah mempunyai keluasan hutan simpan yang besar namun tidak semua kawasan hutan tersebut sesuai dijadikan habitat gajah.
"Dari segi gangguan memang berlaku kerana semua kawasan sekarang ini ditanam dengan kelapa sawit yang dahulunya merupakan habitat semula jadi gajah liar.
"Walaupun Sabah mempunyai hutan simpan yang besar dan separuh daripada luas kawasan Sabah masih dilitupi hutan tetapi tidak semua kawasan hutan ini sesuai dengan habitat haiwan berkenaan.
"Ini kerana kawasan-kawasan tertentu misalnya mempunyai cerun-cerun bukit yang tinggi dan mungkin sebahagian kecil kawasan ini sesuai dijadikan habitat gajah," katanya.
Menurut Augustine, satu perbincangan untuk menambah baik pusat perlindungan hidupan liar giat dilakukan JHL Sabah dalam menangani isu gajah mati di negeri ini.
Untuk rekod, empat kes kematian 'gajah Sabah' direkodkan bulan ini termasuk satu lagi kes terbaharu kematian seekor gajah jantan juvenil di Kampung Karamuak, Tongod pagi tadi dan punca kematian gajah tersebut masih belum dijalankan.
Ruzaini Zulkepli, Fifi Harteeny Marzuki
Mon Jul 23 2018
AUGUSTINE berkata, kebanyakan bangkai gajah ditemui mati di daerah Lahad Datu, Kinabatangan, Telupid dan Lok Kawi.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
'Jangan ganggu harimau dahan jika terserempak'
Setakat ini, JHL Sabah belum dapat mengesahkan kesahihan haiwan itu berkeliaran di jalan raya.
Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah
Bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.
JHL buru buaya 'dibelasah' sekumpulan remaja kerana serang rakan
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan memasang perangkap buaya di Sungai Kampung Mengkabong, dekat Tuaran.
Gajah Borneo ditemui mati akibat keracunan makanan
Seekor gajah Borneo betina ditemui mati di sebuah ladang di kawasan Malua, dipercayai akibat keracunan.
Dua gajah betina ditemui mati
Dua gajah betina Borneo ditemui mati, masing-masing satu di ladang kelapa sawit di Sukau, Kinabatangan dan Hutan Simpan Deramakot hari ini.
Nelayan meninggal dunia diserang buaya ketika memeriksa pukat
Allahyarham, Roslin Kalan, 47, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Duchess of Kent Sandakan kira-kira jam 3.20 pagi, pada Ahad selepas diserang buaya pada 28 November lalu.
Op Khazanah rampas tulang gajah, tanduk rusa, senjata api, peluru
Pegawai Memerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan, Supt Toipi Lamat berkata, operasi berkenaan bermula 19 November lalu.
Bangkai badak sumbu Sumatera, Iman dicadang diawetkan
Bangkai Iman, badak sumbu Sumatera yang dilaporkan mati semalam akan dicadangkan untuk diawetkan.
Penduduk gempar lihat kejadian buaya baham seekor anjing
Gempar dan mencemaskan, apabila seekor buaya membaham seekor anjing dengan mudah dalam satu kejadian di Pantai Felda Sahabat 16,dekat sini, pada Khamis.
Kematian gajah pygmy: 'Girang' dipercayai alami keracunan
Bedah siasat mendapati organ gajah itu seperti jantung, paru-paru, hati, limpa dan buah pinggang dilaporkan mengalami 'severe congestion'.