Gajah pygmy Borneo terbaru yang ditemui mati di sebuah ladang di Sukau pada Sabtu dikenalpasti sebagai 'Girang' berdasarkan kolar satelit yang ditemui di lehernya.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata, bangkai haiwan itu ditemui di dalam parit di tepi jalan ladang berkenaan oleh seorang pekerja ladang, pada kira-kira jam 5.50 pagi.
“Pihak ladang kemudiannya membuat laporan kepada pihak kami lalu sepasukan anggota JHL bersama agensi lain bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
“Hasil siasatan mendapati, gajah itu antara yang dipasang kolar satelit dan diberikan nama sebagai ‘Girang’. Ia seekor gajah betina. Kolar satelit itu ditemui pada lehernya.
“Hasil siasatan turut mendapati, Girang dipercayai mati sejak 14 November lalu,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
BACA: Lagi gajah pygmy ditemui mati
Terdahulu, seekor gajah pygmy Borneo ditemui mati pada Sabtu di kawasan Melangking, Sukau, meningkatkan rekod kematian haiwan itu di Sabah kepada 23 ekor tahun ini.
Sementara itu, Augustine turut mendedahkan, hasil bedah siasat mendapati, Girang tidak memiliki kesan kecederaan luaran atau kesan peluru pada bahagian badannya.
“Namun, bedah siasat mendapati organ gajah itu seperti jantung, paru-paru, hati, limpa dan buah pinggang dilaporkan mengalami ‘severe congestion’.
“Gajah ini dipercayai keracunan yang kemudiannya membawa kepada kegagalan organ lalu menyebabkan kematian,” katanya.
Susulan itu, Augustine berkata, pihaknya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan untuk tindakan lanjut.
Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 37 Enakmen Perlindungan Hidupan Liar 1997.
Radhi Muslim
Sat Nov 16 2019
Augustine berkata, hasil bedah siasat mendapati, Girang tidak memiliki kesan kecederaan luaran atau kesan peluru pada bahagian badannya. - Gambar fail
[KOLUMNIS] Menelusuri sejarah Jambatan Persahabatan Malaysia–Korea Selatan
MALAYSIA dan Korea Selatan telah menjalin hubungan diplomatik mulai 23 Februari 1960.
Sistem pengaliran tersumbat punca tanah runtuh di Melawati
Kejadian tanah runtuh di Taman Melawati pagi Selasa dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem pengaliran longkang di Jalan G2, yang tersumbat.
Tren alternatif diaktifkan susulan air bertakung - Rapid KL
Perkhidmatan tren alternatif diaktifkan berikutan daripada air bertakung di landasan stesen Sri Rampai ke Wangsa Maju.
Al Sultan Abdullah gesa projek tebatan dipercepatkan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa projek tebatan banjir di Pahang dipercepatkan demi keselamatan dan keselesaan rakyat negeri itu.
[TERKINI] Sidang media tanah runtuh Taman Melawati
ACP Mohd Azam Ismail, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya
ICRC seru salur bantuan kemanusiaan ke Gaza
Lebih 400,000 orang masih terperangkap di utara Gaza untuk hari ke-10 ketika tentera Israel meneruskan pencerobohan darat ke atas kem Jabalia dan Beit Lahia.
"Anak-anak ini dipisahkan daripada keluarganya" - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin memaklumkan bahawa kanak-kanak yang berusia dua, tiga tahun rindu malah tidak mengenali ibubapa mereka sendiri.
Kerajaan komited bantu mudahkan usahawan dapat sijil halal - Zulkifli
Pensijilan itu akan memberikan nilai tambah kepada perniagaan mereka selain meningkatkan kualiti dan diberkati sekali gus memperkasakan industri halal negara.
Sekurang-kurangnya 42,344 rakyat Palestin terbunuh dalam perang Israel di Gaza
Angka sebenar kematian dianggarkan jauh lebih tinggi, dengan ribuan mayat tertimbus dalam kemusnahan besar akibat serangan Israel.
"Kes GISBH ini agak bercelaru, seolah-olah tangkap muat" - Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati mengatakan bahawa tangkapan kes GISBH ini dilihat bercelaru.
'Jangan ganggu harimau dahan jika terserempak'
Setakat ini, JHL Sabah belum dapat mengesahkan kesahihan haiwan itu berkeliaran di jalan raya.
Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah
Bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.
JHL buru buaya 'dibelasah' sekumpulan remaja kerana serang rakan
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan memasang perangkap buaya di Sungai Kampung Mengkabong, dekat Tuaran.
Gajah Borneo ditemui mati akibat keracunan makanan
Seekor gajah Borneo betina ditemui mati di sebuah ladang di kawasan Malua, dipercayai akibat keracunan.
Dua gajah betina ditemui mati
Dua gajah betina Borneo ditemui mati, masing-masing satu di ladang kelapa sawit di Sukau, Kinabatangan dan Hutan Simpan Deramakot hari ini.
Nelayan meninggal dunia diserang buaya ketika memeriksa pukat
Allahyarham, Roslin Kalan, 47, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Duchess of Kent Sandakan kira-kira jam 3.20 pagi, pada Ahad selepas diserang buaya pada 28 November lalu.
Op Khazanah rampas tulang gajah, tanduk rusa, senjata api, peluru
Pegawai Memerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan, Supt Toipi Lamat berkata, operasi berkenaan bermula 19 November lalu.
Bangkai badak sumbu Sumatera, Iman dicadang diawetkan
Bangkai Iman, badak sumbu Sumatera yang dilaporkan mati semalam akan dicadangkan untuk diawetkan.
Penduduk gempar lihat kejadian buaya baham seekor anjing
Gempar dan mencemaskan, apabila seekor buaya membaham seekor anjing dengan mudah dalam satu kejadian di Pantai Felda Sahabat 16,dekat sini, pada Khamis.
Kematian gajah pygmy: 'Girang' dipercayai alami keracunan
Bedah siasat mendapati organ gajah itu seperti jantung, paru-paru, hati, limpa dan buah pinggang dilaporkan mengalami 'severe congestion'.