Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih dalam siasatan polis.

Bagaimanapun, beliau berkata, polis akan menyiasat secara terperinci isu itu selepas Jabatan Audit Negara (JAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membentangkan laporan masing-masing berkaitan isu itu di Parlimen.

"Saya difahamkan JAN sudah menyiapkan laporan berkenaan. Jadi kita tunggu ia dibentangkan, kemudian kami akan tahu kandungan laporan, kalau ada kesalahan maka kami akan siasat (secara terperinci).

"Dokumen-dokumen di pejabat Ketua Audit Negara...biar mereka serahkan laporan dulu," katanya pada sidang media selepas Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-209 di Pulapol, di sini hari ini.