Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akui terdapat kelemahan dalam proses pengenalan skim pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Nasional (PTPTN) yang agak kontroversi.
Namun beliau menegaskan, apa yang penting ialah kesediaan Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengkaji semula selepas mendapat kritikan hebat orang ramai.
“Banyak orang ada banyak pandangan. Sebelum kita umum mereka tak bagi tahu, selepas umum baru nak cakap apa yang mereka tak puas hati.
“Agak mustahil untuk kita tanya pendapat 33 juta orang (rakyat Malaysia), tetapi apabila terdapat maklum balas negatif, kita akan reaksi terhadapnya,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai keputusan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menarik semula arahan pembayaran semula tabung pinjaman itu ekoran kritikan dari masyarakat, khususnya peminjam di bawah kategori M40.
Rungutan timbul apabila skim itu telah mengganggu perbelanjaan bulanan pembayar sedia ada kerana mereka telah pun mempunyai kontrak pembayaran sebelum ini, termasuk skim Ujrah dan Konvensional Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau sedar perkara itu akan menimbulkan reaksi negatif terhadap imej kerajaan.
Namun, Dr Mahathir mengakui setiap orang ada kelemahannya.
“Kadang-kadang benda kita tak sangka akan terjadi, tetapi berlaku juga. Umpamanya kita tak sangka Pakatan Harapan nak menang.
“Manusia ini ada kelemahan, tak tahu apa nak jadi pada dia. Sebagai contoh, keluar rumah berjalan, tiba-tiba kena langgar kereta. Dia tak boleh nak jangka apa akan berlaku,” tambahnya.
Firdaus Azil
Sat Dec 08 2018
Tun Dr Mahathir Mohamad akui terdapat kelemahan dalam proses pengenalan skim pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Nasional (PTPTN) yang agak kontroversi. - fotoBERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Isu PTPTN: PM akui ada kelemahan, tetapi kerajaan sedia mendengar
Tun Dr Mahathir Mohamad akui terdapat kelemahan dalam proses pengenalan skim pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Nasional (PTPTN) yang agak kontroversi.
Tangguh pelaksanaan PGB, AMK ajak PTPTN berbincang
Perkara ini juga perlu diteliti dari sudut perjanjian sebelum ini yang dipersetujui antara PTPTN dan peminjam bagi kadar bayaran balik.