Sektor perkhidmatan awam melibatkan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) perlu dipulih semula daripada pengaruh politik seperti yang berlaku sebelum ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PTD telah menyimpang daripada tugasnya termasuk apabila ia menjadi jentera parti politik kerajaan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Jelasnya, PTD yang sepatutnya bebas daripada pengaruh politik juga telah diarah untuk menyuruh rakyat menentang Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 lalu.
"PTD memang bebas daripada dikuasai oleh pemerintah, tetapi PTD juga dikehendaki menurut perintah daripada kerajaan pilihan rakyat.
"Namun, apabila kerajaan pilihan rakyat (Barisan Nasional) itu bukan sahaja memberi arahan, tetapi juga mengguna wang untuk menghasut pegawai-pegawai PTD, mereka sudah sampai kepada tahap yang mana pegawai PTD dilihat berkempen untuk BN dalam PRU14.
"Mereka pakai baju biru dan berkempen dengan menyuruh rakyat semua jangan undi PH dan sebagainya. Ini bukan kerja PTD dan PTD tidak boleh buat kerja itu kerana mereka adalah neutral," ujarnya menjawab soalan pada Sesi Dialog bersama rakyat Malaysia di Brunei di sini pada Ahad.
Jelasnya, walaupun PTD berhak untuk mengundi, namun mereka tidak ada hak untuk berkempen atas arahan kerajaan pada masa itu.
"Sebab itu, sekarang ini kita hadapi masalah, kerana ramai juga daripada PTD yang telah menyeleweng dan tidak lagi bekerja untuk negara, tetapi bekerja untuk parti. Inilah masalah yang kita hadapi sekarang ini.
"Saya berpendapat bahawa kita perlu memulihkan semula PTD supaya mereka kembali menjadi satu badan petugas yang terbaik," jelasnya mengharapkan PTD kembali gemilang seperti suatu ketika dahulu.
Menurutnya, suatu ketika dahulu PTD dipandang tinggi sehingga bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Komanwel bagi Pengurusan dan Pentadbiran Awam (CAPAM).
Harits Asyraf Hasnan
Sun Sep 02 2018
Dr Mahathir berucap pada sesi dialog bersama komuniti Malaysia di Brunei Darussalam malam tadi. - fotoBERNAMA
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).