Sudah menjadi budaya rakyat Malaysia membayar lebih untuk barang-barang yang dibeli.

Itu kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang berbau sindiran dalam jawapan beliau apabila ditanya tentang pembelian kontroversi pangsapuri di Melbourne, Australia oleh sebuah agensi kerajaan.

“Ini adalah budaya kita, apabila kita membeli sesuatu, kita bayar RM10 dan kata ‘keep the change,” kata Dr Mahathir, ketika ditemui di majlis berbuka puasa di majlis anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Kampung Baru, pada Khamis.


Pada Selasa, akhbar Australia, The Age melaporkan Mara Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc.) telah membuat satu pembelian kontroversi pangsapuri, Dudley International House di Caulfield East yang terletak di Melbourne.

BACA:
Penipuan hartanah: Polis Persekutuan Australia rampas komputer dan fail


MACC patut siasat skandal pembelian hartanah MARA - TI-M


PM Najib kecewa kenyataan pengerusi MARA diputar-belit


MARA Inc. merupakan anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Laporan tersebut juga turut memetik harga hartanah bernilai AUS$17 juta (RM51.1 juta) tetapi pembelian MARA dengan harga AUS$22.5 juta (RM65 juta).

Syarikat hartanah yang terlibat dalam pembelian itu, Peter Mills pada tahun lalu telah membuat pengakuan di mahkamah sivil yang bayaran lebihan AUS$4.75 juta (RM13.8 juta) untuk proses urusniaga luar negara itu.