Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dibebaskan daripada tahanan reman polis pada jam 12.15 tengahari setelah kenyataan beliau diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Nurul Izzah, yang ditahan di lokap balai polis Jinjang sejak Isnin, berkata tahanan beliau merupakan penyalahgunaan kuasa pihak berkuasa.
"Ini memang penyalahgunaan kuasa tidak lain tidak bukan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membenarkan tindakan sedemikian ke atas parlimen.
"Saya mempunyai kekebalan di bawah Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengetengahkan isu di parlimen. Ini akan menjejaskan hak-hak ahli parlimen yang lain untuk mengetengahkan isu-isu yang menjejaskan rakyat," katanya kepada pemberita.
KLIK GALERI FOTO : Nurul Izzah Anwar dibebaskan
Beliau turut berkata pihaknya akan mengambil tindakan.
"Penyalahgunaan kuasa tidak boleh diteruskan. Lawan tetap lawan," tambahnya.
Apabilan ditanya pemberita apakah tindakan susulannya, Nurul Izzah jawab: "Saya suka apabila media suka meramalkan apa kita akan lakukan selepas ini. Saya akan benarkan anda (media) untuk terus meramal namun kita akan mengumumkan apa yang kita akan lakukan dalam masa terdekat," katanya.
Nurul Izzah turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir namun beliau menyeru sokongan diberikan kepada tahanan yang lain seperti aktivis Adam Adli dan Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong.
"Sokongan harus diteruskan kerana ini (penahanan saya) bukan yang terakhir," tambah Nurul Izzah.
Terdahulu, pihak media dimaklumkan bahawa pendengaran reman sepatutnya berlangsung pada jam 10 pagi tadi di balai polis Jinjang.
Namun pada jam 9.30 pagi, Nurul Izzah dibawa keluar dari Lokap Jinjang ke rumahnya di Bukit Segambut untuk mengambil sesuatu berkait siasatan Akta Hasutan sebelum dibawa ke IPD Dang Wangi untuk mengambil kenyataan.
Nurul Izzah tiba di IPD Dang Wangi pada jam 11.15 pagi.
Pada Isnin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata Nurul Izzah ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu kota pada 7 Mac lepas.
Beliau juga ditahan dan disiasat di bawah akta sama susulan kenyataan beliau pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas yang turut menyentuh sistem kehakiman negara.
Nurul Izzah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 3.55 petang Isnin.
Syafique Shuib
Tue Mar 17 2015
Nurul Izzah Anwar (kanan) sewaktu beredar dari kediamannya di Bukit Segambut untuk ke IPD Dang Wangi bagi memberikan keterangan - Foto AWANI/Shahir Omar
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Maria Chin mahu cabar pertuduhan di bawah APA 2012
Selain Chin, tiga lagi iaitu Pengerusi Jingga 13, Mohd Fariz Abd Talib @ Musa, Pengurus Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh dan Anggota Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin akan membuat permohonan sama
Maria Chin, Mandeep ditahan polis, dibebas atas jaminan polis
Maria Chin Abdullah dan Mandeep Singh hari ini ditahan polis sejurus memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi tentang perhimpunan #KitaLawan
#Kitalawan: Seorang daripada yang ditahan, individu diburu polis
Seorang daripada empat lelaki yang ditahan sejurus perhimpunan #KitaLawan merupakan individu diburu polis.
Jimmy Puah antara 4 individu ditahan di perhimpunan #KitaLawan di JB
ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah dan ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin, antara empat individu yang ditahan polis selepas perhimpunan #KitaLawan yang diadakan di sini, petang semalam.
Reman dibatalkan, Khalid Samad dibebaskan polis
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang ditahan awal pagi ini, telah dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan reman.
#KitaLawan: Selepas Fariz Musa, Khalid Samad pula ditahan
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ditahan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.
Fariz Musa ditahan bantu siasatan perhimpunan #KitaLawan
Fariz Musa ditahan di sini malam ini mengikut Seksyen 134 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.
Peserta himpunan #KitaLawan dihalang polis di Jalan Ampang
Peserta perhimpunan #KitaLawan terhenti di hadapan bangunan Wisma Selangor Dredging akibat halangan polis di Jalan Ampang.
Tian Chua ditahan reman bantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan
Polis hari ini menahan Naib Presiden PKR, Tian Chua bagi membantu siasatan berhubung pembabitannya dengan perhimpunan #KitaLawan baru-baru ini.
'Kenapa tahan saya? Saya mempunyai kekebalan di parlimen' - Nurul Izzah
Nurul Izzah, yang ditahan di lokap balai polis Jinjang sejak Isnin, berkata tahanan beliau merupakan penyalahgunaan kuasa pihak berkuasa.