Kepesatan teknologi memberi peluang luas kepada penggiat industri terjemahan negara untuk memanfaatkan kemahiran mereka, kata Timbalan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Hasuria Che Omar.
Beliau berkata ini kerana kemajuan teknologi membolehkan penggiat industri bekerja di tempat yang dikehendaki mengikut kesesuaian masa mereka.
"Sebagai contoh, mereka kini boleh mendapatkan 'kerja' menterjemah daripada penyedia perkhidmatan tv internet, iflix dan netflix.
Kerja-kerja tersebut boleh dilakukan di mana sahaja termasuk di kediaman masing-masing seterusnya menghantar hasil kerja menerusi dalam talian," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual khas di sini hari ini.
Melahirkan kepuasan terhadap perkembangan industri itu, Hasuria yang juga Naib Presiden Institut Penterjemahan Malaysia berkata pihaknya akan terus memberi bimbingan kepada penggiat industri tempatan bagi meningkatkan tahap kualiti hasil kerja setanding dengan penggiat bidang yang sama dari luar negara.
Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan penyertaan golongan belia dalam industri terjemahan bagi merancakkan lagi industri yang semakin mendapat tempat di negara ini sejajar dengan perkembangan dan kepesatan teknologi dewasa ini.
Beliau berkata industri itu semakin mendapat sambutan daripada individu daripada pelbagai latar belakang antaranya peguam, ahli akademik, wartawan dan pesara.
"Golongan pesara khususnya dilihat membantu perkembangan industri memandangkan mereka mempunyai pengalaman daripada jawatan terdahulu yang boleh diguna pakai apabila terlibat dalam industri terjemahan ini," katanya.
Senada dengan Hasuria, Penyelaras Program Sarjana Sastera Pengajian Penterjemahan Institut Pengajian Siswazah USM@Kuala Lumpur Dr Rokiah Awang berkata penglibatan individu pelbagai latar belakang profesion turut merancakkan industri berkenaan.
"Kebelbagaian itu akan membolehkan penggiat sedia ada mendapat manfaat serta dapat menjalankan kerja penterjemahan dengan lebih baik dan bermutu tinggi," katanya.
Kata Rokiah, sebagai usaha berterusan membantu penggiat industri itu, Forum Terjemahan bertemakan 'Kreativiti dan Kecekapan Dalam Penterjemahan: Satu Sinergi' anjuran Unit Penyelidikan Terjemahan dan Interpretasi USM akan diadakan Sabtu ini bertempat di Wisma Sejarah, di Jalan Tun Razak, di sini.
Katanya, forum sehari itu dibarisi tiga panel iaitu sasterawan negara Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh, penterjemah terbaik Anugerah Terjemahan Negara Dewan Bahasa dan Pustaka-Institut Terjemahan Buku Malaysia Amir Muslim dan penterjemah profesional MalayTranslator.com Ursilan Afandi Zaki.
Forum yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat khususnya penterjemah profesional, penterjemah sambilan, pelajar terjemahan, ahli akademik dan ahli bahasa itu diadakan sebagai memberi pendedahan serta pengetahuan tentang bidang terjemahan, berkongsi petua dan mewujudkan rangkaian perhubungan dalam kalangan penterjemah.
Bayaran sebanyak RM50 dikenakan kepada setiap individu yang menyertai forum itu, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2017
Industri terjemahan semakin mendapat sambutan daripada individu daripada pelbagai latar belakang antaranya peguam, ahli akademik, wartawan dan pesara. - Gambar hiasan
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
Kepesatan teknologi buka peluang luas kepada penggiat industri terjemahan
Kemajuan teknologi membolehkan penggiat industri bekerja di tempat yang dikehendaki mengikut kesesuaian masa mereka.