Kepesatan teknologi memberi peluang luas kepada penggiat industri terjemahan negara untuk memanfaatkan kemahiran mereka, kata Timbalan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Hasuria Che Omar.
Beliau berkata ini kerana kemajuan teknologi membolehkan penggiat industri bekerja di tempat yang dikehendaki mengikut kesesuaian masa mereka.
"Sebagai contoh, mereka kini boleh mendapatkan 'kerja' menterjemah daripada penyedia perkhidmatan tv internet, iflix dan netflix.
Kerja-kerja tersebut boleh dilakukan di mana sahaja termasuk di kediaman masing-masing seterusnya menghantar hasil kerja menerusi dalam talian," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual khas di sini hari ini.
Melahirkan kepuasan terhadap perkembangan industri itu, Hasuria yang juga Naib Presiden Institut Penterjemahan Malaysia berkata pihaknya akan terus memberi bimbingan kepada penggiat industri tempatan bagi meningkatkan tahap kualiti hasil kerja setanding dengan penggiat bidang yang sama dari luar negara.
Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan penyertaan golongan belia dalam industri terjemahan bagi merancakkan lagi industri yang semakin mendapat tempat di negara ini sejajar dengan perkembangan dan kepesatan teknologi dewasa ini.
Beliau berkata industri itu semakin mendapat sambutan daripada individu daripada pelbagai latar belakang antaranya peguam, ahli akademik, wartawan dan pesara.
"Golongan pesara khususnya dilihat membantu perkembangan industri memandangkan mereka mempunyai pengalaman daripada jawatan terdahulu yang boleh diguna pakai apabila terlibat dalam industri terjemahan ini," katanya.
Senada dengan Hasuria, Penyelaras Program Sarjana Sastera Pengajian Penterjemahan Institut Pengajian Siswazah USM@Kuala Lumpur Dr Rokiah Awang berkata penglibatan individu pelbagai latar belakang profesion turut merancakkan industri berkenaan.
"Kebelbagaian itu akan membolehkan penggiat sedia ada mendapat manfaat serta dapat menjalankan kerja penterjemahan dengan lebih baik dan bermutu tinggi," katanya.
Kata Rokiah, sebagai usaha berterusan membantu penggiat industri itu, Forum Terjemahan bertemakan 'Kreativiti dan Kecekapan Dalam Penterjemahan: Satu Sinergi' anjuran Unit Penyelidikan Terjemahan dan Interpretasi USM akan diadakan Sabtu ini bertempat di Wisma Sejarah, di Jalan Tun Razak, di sini.
Katanya, forum sehari itu dibarisi tiga panel iaitu sasterawan negara Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh, penterjemah terbaik Anugerah Terjemahan Negara Dewan Bahasa dan Pustaka-Institut Terjemahan Buku Malaysia Amir Muslim dan penterjemah profesional MalayTranslator.com Ursilan Afandi Zaki.
Forum yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat khususnya penterjemah profesional, penterjemah sambilan, pelajar terjemahan, ahli akademik dan ahli bahasa itu diadakan sebagai memberi pendedahan serta pengetahuan tentang bidang terjemahan, berkongsi petua dan mewujudkan rangkaian perhubungan dalam kalangan penterjemah.
Bayaran sebanyak RM50 dikenakan kepada setiap individu yang menyertai forum itu, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2017
Industri terjemahan semakin mendapat sambutan daripada individu daripada pelbagai latar belakang antaranya peguam, ahli akademik, wartawan dan pesara. - Gambar hiasan
NVIDIA bakal keluar cip AI baharu setiap tahun
Di Malaysia, pusat data AI di Johor adalah antara yang terawal di dunia dilengkapi cip Blackwell.
Badminton Malaysia Masters: Tang Jie-Ee Wei tempah slot awal ke suku akhir
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mudah menyingkirkan lawan dari India untuk meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir dalam kejohanan Malaysia Masters 2024.
Umpama beri hadiah kepada keganasan - Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa negara-negara Eropah yang bertindak mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara diibarat memberi hadiah kepada keganasan
Ciri pemesejan peribadi Chats diperkenal di Bluesky
Sokongan media, mesej berkumpulan dan beberapa ciri keselamatan akan diperkenalkan pada Chats di masa akan datang.
Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba
Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin.
Penyelam ditemui mati lemas terbelit tali hos oksigen
Sebelum kejadian, dua pekerja terbabit turun ke dasar laut untuk membuat tanda pada besi kapal karam yang ingin dipotong.
Pantau Belanjawan: Unlocking Malaysia's green potential, energy diversity journey
Group CEO and Co-Founder, Plus Xnergy, Ko Chuan Zhen brings forward the discussion on Malaysia's renewable energy landscape to provide a comprehensive understanding of current trends, challenges, and future directions necessary for achieving the country's energy and environmental goals.
Isu perkataan kafir, Razman dipanggil bantu siasatan
Razman menjelaskan beliau diambil keterangan selepas dipanggil pihak polis susulan laporan dibuat Setiausaha Politik Menteri Pendidikan.
792 calon dalam siri ke-3 penempatan pegawai perubatan siswazah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memutuskan untuk membuka penempatan pegawai perubatan siswazah (PPS) baharu bagi lantikan siri ketiga ke beberapa lagi hospital lain selain daripada hospital negeri.
Rakyat jangan tekan butang panik, perlu kawalan harga- Pakar
Pakar dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB), Prof Dr Roselina Ahmad Saufi berpendapat penyasaran subsidi itu hanya terarah kepada beberapa sektor dan lokasi yang tidak akan memberikan kesan yang meluas.
Kepesatan teknologi buka peluang luas kepada penggiat industri terjemahan
Kemajuan teknologi membolehkan penggiat industri bekerja di tempat yang dikehendaki mengikut kesesuaian masa mereka.