Kerajaan sedang mengkaji sama ada akan mengikut jejak langkah Perancis dalam menggubal undang-undang baharu bagi memerangi berita palsu yang memberi kesan kepada proses demokrasi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berita palsu yang disebarkan di laman sosial boleh memberi ancaman kepada politik dan ketenteraman awam.
“Berita palsu ini memberi ancaman kepada politik dan ketenteraman awam, rakyat boleh terpesong dan benci kepada kerajaan sehingga boleh menimbulkan rusuhan,
"Bukan kita mahu mengawal internet, internet masih bebas cuma mesti ada unsur tanggungjawab dalam menyebarkan sebarang berita,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama kakitangan awam di sini hari ini.
Najib berkata, kerajaan sendiri menjadi sasaran fitnah yang disebarkan di laman sosial sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.
Ianya termasuk dakwaan membawa masuk 40,000 pengundi Bangladesh untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Pada awal bulan ini, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan beberapa langkah memerangi pengaruh berita palsu yang disifatkan boleh memberi kesan kepada proses demokrasi di negara tu.
Perancis akan mengubah undang-undang sedia ada demi melindungi negara demokrasi ini daripada ancaman berita palsu.
Sementara itu sewaktu berucap di majlis ramah mesra bersama kakitangan awam di Wisma Persekutuan yang dihadiri lebih 10 ribu kakitangan awam Jabatan Persekutuan di Kelantan, Najib menyatakan peranan kakitangan awam penting sebagai tulang belakang dan benteng kepada kerajaan.
Katanya, sepanjang Rancangan Malaysia ke-4 (RMK4) hingga RMK8, RM12 bilion telah diperuntukkan untuk projek pembangunan di Kelantan.
Namun semasa era beliau, iaitu dari RMK9 hingga RMK11, lebih RM14 bilion telah diperuntukkan untuk projek pembangunan di Kelantan.
Ini membuktikan Kelantan tidak dipinggirkan bahkan beliau berlaku adil untuk semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.
Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustafa Mohamed; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Vivi Sumanti
Sun Jan 28 2018
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ancaman berita palsu yang disebarkan di laman sosial boleh memberi ancaman kepada politik dan ketenteraman awam. - Foto BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Kod Etika Wartawan Malaysia tegakkan hak masyarakat dapat maklumat sahih - MPI
Kod Etika Wartawan Malaysia tidak hanya memelihara kredibiliti dan integriti media, malah menegakkan hak masyarakat mendapat maklumat yang dipercayai dan sahih.
Perkasa hubungan baik media Malaysia-Indonesia, perangi berita palsu negara serumpun
Hubungan baik di antara wartawan Malaysia dan Indonesia perlu diperkasa dan diteruskan dalam usaha memerangi penyebaran berita-berita palsu dan naratif buruk membabitkan kedua-dua negara serumpun itu.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
MoF nafi Nurul Izzah dibayar sebagai penasihat Laksana
MoF menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana).
Politik kaum dan agama ‘mencair’ di Indonesia, merebak pula di Malaysia
Katanya, tumpuan ialah pada tawaran oleh calon yang lebih substantif dan dekat di hati pengundi berbanding kempen yang berteraskan identiti.
Langgar polisi, TikTok buang 1.5 juta video pengguna Malaysia
Kebanyakan video yang dipadam ini adalah kandungan peperangan Rusia dan Ukraine serta turut terkesan adalah video politik Malaysia.
ASEAN iktiraf usaha Malaysia tangani penyebaran maklumat palsu
ASEAN mengiktiraf usaha-usaha Malaysia untuk membanteras maklumat palsu dengan mendedahkan latihan berkaitan fact-checking kepada orang ramai.
Ahli Parlimen bertanggungjawab semak maklumat sebelum buat kenyataan - Nie Ching
Setiap Ahli Parlimen bertanggungjawab menyemak maklumat yang diterima sepenuhnya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkaitan COVID-19
Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu.
Keputusan Lokman Adam sebar berita palsu 7 November ini
Hakim, N Priscilla Hemamalini menetapkan tarikh itu selepas memaklumkan nota keterangan di akhir kes pendakwaan ini, masih belum disediakan.