KUALA LUMPUR: Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dalam berkongsi maklumat di media sosial terutamanya membabitkan berita palsu sedemikian.

Astro AWANI pada 13 Februari lepas melaporkan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Iinstitut Jantung Negara (IJN(. 

Dr Mahathir, 98. juga akan berehat untuk satu tempoh bagi proses pemulihan.

Beliau dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu.

Sementara itu, pihak IJN akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tahap kesihatan Dr Mahathir dalam masa terdekat.