Kerajaan dijangka memerlukan tempoh setahun lagi, sebelum dapat memperkenalkan undang-undang baharu yang membolehkan golongan suri rumah, mencarum dalam skim baharu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata penelitian rapi diperlukan, sebelum undang-undang itu digubal dan dibentangkan ke Parlimen, sekali gus membolehkan golongan yang tidak bekerja itu, mendapat manfaat perlindungan keselamatan sosial.
"Suri rumah ini bukanlah dikategorikan sebagai pekerja, tetapi mereka tetap terdedah dengan risiko kemalangan, contohnya sewaktu menghantar anak ke sekolah dan memasak di rumah.
"Tetapi, kita selesaikan dahulu caruman sukarela i-Suri di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), selepas itu kita pergi satu per satu, untuk melindungi suri rumah menerusi Perkeso pula," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penyerahan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada lapan penerima di sini, hari ini.
Okt lalu, Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata pertubuhan itu sedang merangka skim baharu itu bagi golongan berisiko terlibat kemalangan termasuk suri rumah dan balu.
Sementara itu, Mahfuz berkata setakat ini kementeriannya tidak menerima sebarang permohonan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), bagi membantu menyelesaikan isu penggantungan pendaftaran badan itu, oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Katanya, kementerian menerusi Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan terbuka untuk membantu kongres tersebut mencari penyelesaian.
"Bagaimanapun kita tidak mengambil tanggungjawab untuk 'penetrate' mereka, sebab itu hak mereka untuk selesaikan hal dalaman mereka, apa yang kita lakukan adalah memberi nasihat dan menjadi orang tengah, saja," katanya.
Sebelum ini media melaporkan JPPM memberi tempoh 30 hari bermula daripada tarikh notis dikeluarkan kepada MTUC, untuk memberi jawapan balas mengapa ia tidak patut dibatalkan.
JPPM dalam kenyataan berkata notis itu dikeluarkan 18 Dis lepas di bawah Seksyen 13 (2) iaitu Kenyataan Sebelum Pendaftaran Dibatalkan.
JPPM juga dalam masa yang sama telah mengeluarkan Notis 13 (2A) iaitu Perintah Penggantungan ke atas MTUC, bagi menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar mana-mana aturan pertubuhannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 31 2019
MAHFUZ: Kita selesaikan dahulu caruman sukarela i-Suri di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. - Gambar fail
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
UMNO rai ulangtahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
Israel sifatkan keputusan UNGA memusnahkan piagam PBB
Duta Israel ke PBB Gilad Erdan sifatkan keputusan UNGA meluluskan resolusi UNSC mempertimbang dan menyokong keanggotaan penuh Palestin, sebagai keputusan memusnahkan piagam PBB.
50 orang maut dalam banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 50 orang maut, dan lebih 100 lagi cedera di Afghanistan akibat banjir susulan hujan lebat di wilayah utara Baghlan pada Jumaat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
PBB lulus resolusi majlis keselamatan pertimbang Palestin sebagai anggota penuh
Resolusi itu diluluskan dengan 143 negara mengundi menyokong, sembilan mengundi menentang dan 25 berkecuali.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Nor Hafizah Selamat berkata insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan. Jelasnya, golongan wanita ini perlu berdiri di atas kaki sendiri selepas dibiar tergantung tidak bertali tidak wajar diabaikan daripada menerima manfaat yang dikhususkan untuk golongan ibu tunggal.
Penstrukturan semula akaun ahli kwsp berkuatkuasa hari ini
Inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP kepada akaun persaraan, akaun sejahtera dan akaun fleksibel akan berkuatkuasa hari ini.
Patuh kepada pemimpin ikhtibar ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah.
Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
188,102 suri rumah mencarum SKSSR Perkeso - Mustapha
Sebanyak 188,102 suri rumah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat 24 Sept lepas.
Inisiatif KWSP berjaya tarik lebih ramai pencarum daripada pekerja tidak formal
Reformasi terhadap sistem perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi mendapatkan liputan yang lebih meluas terhadap usaha positif itu.
Pemandu, penunggang p-hailing akan diwajibkan mencarum di bawah Perkeso
Semua pemandu dan penunggang p-hailing selepas ini akan diwajibkan mencarum dengan program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Kerajaan setuju beri 'ganjaran' sempena Hari Pekerja 2022
Hadiah itu termasuk kerajaan akan menanggung 80 peratus jumlah caruman individu bekerja sendiri di Perkeso.
KWSP, GoGet perkenal program simpanan persaraan bersepadu untuk pekerja gig
Pekerja gig yang mempunyai akaun KWSP sedia ada hanya perlu memberi kebenaran untuk menyertai program ini dan menetapkan kadar caruman mereka.
Rakyat keluarkan wang KWSP perlu tingkat caruman, tambah simpanan untuk masa depan - Tinjauan
Tinjauan mendapati, rata-rata mereka berpendapat isu kekurangan tabungan itu boleh diatasi dengan beberapa cara selepas pandemik COVID-19 tamat.
Pemandu teksi disaran terus mencarum di bawah SKSPS - Perkeso
Mana-mana pemandu teksi yang seharusnya mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso dinasihat agar kekal mencarum demi perlindungan mereka dan keluarga.
Waris penghantar makanan bersyukur terima faedah Perkeso
Kejadian tersebut membolehkan warisnya untuk menerima Faedah Pencen Penakat dan Faedah Orang Tanggungan (FOT), selain turut menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000.