KUALA LUMPUR: Inisiatif sendiri yang digerakkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berjaya menarik minat lebih ramai golongan pekerja untuk membuat caruman.
Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, langkah itu juga telah membawa kepada peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Bagaimanapun Nurhisham berpendapat, reformasi terhadap sistem perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi mendapatkan liputan yang lebih meluas terhadap usaha positif itu.
“Buat masa ini kita buat secara sukarela, KWSP perlu keluar dan pasarkan kepada golongan terlibat dan menjelaskan tentang kebaikan mencarum.
“Alhamdulillah pada masa ini kita ada penambahan sehingga 60 peratus daripada tahun lepas dan angka ini telah melebihi 700,000 pencarum secara sukarela yang mencarum secara berkala… jadi apa yang kita mampu laksanakan kita akan usaha namun perlu ada reformasi pada sistem itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual menerusi program Niaga Awani pada Isnin.
Mengulas lanjut, beliau turut berkata, faktor ketidaktentuan ekonomi juga antara yang menjadi punca ramai pihak yang masih tidak mampu untuk mencarum.
Ini termasuk aspek kadar pembayaran gaji yang masih lagi dilihat rendah sekali gus mengakibatkan golongan berkenaan tidak mempunyai wang berlebihan untuk menyimpan.
“Kita boleh menggubal skim KWSP supaya ia lebih menarik kepada pencarum sukarela dan kita boleh usaha untuk memasukan golongan pekerja tidak formal ini di bawah Akta KWSP.
“Tetapi kita juga perlu melihat penstrukturan ekonomi dan perkara itu bukan di bawah kuasa KWSP kerana masalah asasnya ialah gaji rendah… kalau gaji rendah memang tidak boleh simpan.
“Kalau kita boleh menggubal sistem ekonomi yang lebih baik, pemberian gaji yang lebih tinggi ini mampu memanfaatkan lagi sistem perlindungan sosial kerana sumbernya (wang) masih ada,” katanya lagi.
Sementara itu, Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC 2023) yang ke -10 akan berlangsung pada 5 dan 6 Julai bertempat di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Bertemakan ‘Changing The Game: Building The World We Want’ ia merupakan anjuran KWSP bersama Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA).
Hilmi Malik
Tue Jul 04 2023
Reformasi terhadap sistem perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi mendapatkan liputan yang lebih meluas terhadap usaha positif itu. - Gambar hiasan/BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Polis sahkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard ditahan dan direman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas menjelang usia 55 tahun
Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 227,000 pencarum KWSP mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
KWSP peruntuk RM250 juta, pacu pertumbuhan syarikat pertengahan
Usahasama ini sebahagian komitmen KWSP meningkatkan pelaburan dalam pasaran domestik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabur terbesar dalam pasaran domestik.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Caruman PERKESO, KWSP antara cadangan pindaan peraturan Finas
Finas sedang melaksanakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983 dalam usaha menjaga kebajikan penggiat industri veteran.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.