HARI INI, Malaysia mencatatkan sejarah apabila kes baharu COVID-19 jatuh kepada angka satu digit.

Berita gembira itu sekali gus selari dengan pengumuman langkah pelonggaran yang diberikan kepada rakyat pada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun ini.

Ini antara lima tumpuan sidang media COVID-19 hari ini:

1. Angka kes baharu COVID-19 jatuh kepada satu digit apabila hanya tujuh kes baharu dicatatkan hari ini.

2. Kes baharu melibatkan 2 kes import dari luar negara dan lima kes penularan tempatan iaitu warganegara Malaysia.

3. Dua kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 di Sepang, satu kes saringan tempat kerja dari Kluster DTI Bukit Jalil, satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas dan satu kes saringan komuniti di Kota Kinabalu

4. 20 kes pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini,menjadikan jumlah kumulatif kes pulih dan telah discaj daripada wad sebanyak 6,694 kes

5. Tiada kes kematian baharu dilaporkan , menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 117 kes.