Kebajikan pekerja menjadi antara keutamaan setiap majikan dalam memastikan kakitangan mereka tidak hilang punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Justeru, Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin dilihat ‘penyelamat’ kepada kebanyakan pengusaha syarikat untuk mengekalkan pekerja mereka.
BACA: Pakej Kita Prihatin disifatkan memahami keadaan rakyat, majikan
Penyelaras Homestay Sri Serbang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, Kimanis, Jeffery Hossil, 46, berkata, selain memberi fokus kepada memulihkan semula perniagaan, keutamaan dia adalah kelansungan hidup 35 kakitangannya.
“Pada bulan lalu ada Bantuan Prihatin Nasional kepada syarikat-syarikat terutamanya syarikat yang berdaftar dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Pengusaha-pengusaha yang mempunyai lesen (menerima) RM3,000, jadi ini dapat meringankan beban membantu pengusaha-pengusaha homestay di sini membayar gaji-gaji pekerja. Selain itu, untuk mereka membuat pusingan modal, dan pada masa itu mereka juga menggunakan (bantuan) kerana ketiadaan pelancong,” katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Khamis.
Bagi pengusaha Chanteq Bridal Pelamin, Zuraidah Japar, 40, dia berharap BPN 2.0 dapat membantu meringankan kesulitannya berikutan sektor penyedia perkhidmatan perkahwinan masih di fasa pemulihan.
“Ya macam saya harap lah kalau dapat (BPN 2.0) mungkin boleh tambah modal bisnes.
“Saya berharap sangat lah kalau dapat, selalu saya tak dapat, kali ini (mungkin) dapat,” katanya lagi.
Pesara, Ayub Awang Ahmad, 65, pula menyifatkan Program Subsidi Upah adalah inisiatif yang bermanfaat.
“Kita juga berterima kasih kepada kerajaan yang sudi membantu dalam PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kita tidak tahu sampai bilakan...
“Jadi dengan adanya bantuan PRIHATIN kepada golongan pekerja, Alhamdulillah mungkin mereka (boleh) menampung untuk menyara kehidupan mereka,” ujarnya lagi.
Kita Prihatin berjumlah RM10 bilion adalah usaha kerajaan meringankan beban rakyat.
Ia merangkumi BPN 2.0 berjumlah RM7 bilion, Program Subsidi Upah 2.0 Sebanyak RM2.4 bilion dan inisiatif Geran Khas PRIHATIN (GKP) sebanyak RM600 juta.
Hasimi Muhamad
Thu Sep 24 2020
Jeffery Hossil, 46, berkata, selain memberi fokus kepada memulihkan semula perniagaan, keutamaan dia adalah kelansungan hidup 35 kakitangannya. - Foto Astro AWANI/Hasimi Muhamad
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Kita Prihatin: Kebajikan pekerja terus terbela
Kebajikan pekerja menjadi antara keutamaan setiap majikan dalam memastikan kakitangan mereka tidak hilang punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.