Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Sabtu melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P186 Parlimen Sandakan.

Menurut kenyataan medianya, bilik gerakan PRK P186 Parlimen Sandakan akan beroperasi 24 jam.

"Ia ditempatkan di SPRM Cawangan Sandakan, Tingkat 7, Wisma Persekutuan Sandakan, KM 11, Jalan Labuk, Peti Surat 6000, 90715 Sandakan, Sabah.

"Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel kepada [email protected] atau menghubungi talian 089-668 746 atau 012-842 6385 faks 089-669 691," jelas kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, SPRM juga mengharapkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).