Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta yang diletakkan di sebelah stesen minyak di Taman Cempaka, Ampang, dekat sini, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.25 petang daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian.
"Setibanya di lokasi, polis mendapati mangsa yang berusia 48 tahun itu maut di dalam kereta jenis Proton Saga warna putih yang dalam keadaan berkunci.
"Siasatan awal mendapati mangsa lengkap berpakaian dan duduk di bahagian pemandu dengan enjin kereta dalam keadaan hidup serta berkunci dari dalam," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Tambah Noor Azmi, pemeriksaan lanjut mendapati tingkap cermin bahagian belakang sebelah kiri tidak ditutup rapat dan diselit dengan kain hitam.
"Manakala bahagian luar terdapat getah paip berukuran 1.7 meter dimasukkan ke dalam lubang ekzos ke bahagian tingkap tersebut.
"Polis turut menemukan dompet mangsa yang mengandungi lesen memandu, kad bank dan sedikit wang tunai serta sebuah telefon bimbit jenama iPhone 6s di dalam kereta tersebut.
"Pemeriksaan fizikal ke atas mangsa tidak menjumpai sebarang kecederaan lain dan bedah siasat akan dibuat pada hari ini bagi mengetahui punca kematian," jelasnya.
Kes diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan punca kematian selepas bedah siasat dijalankan.
Afiezy Azaman
Sat Aug 31 2019
Setiba di lokasi, polis mendapati mangsa berusia 48 tahun itu maut di dalam kereta Proton Saga warna putih yang dalam keadaan berkunci. -Foto PDRM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (07 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
YLTAT, GTA dan UniKL jalin kerjasama pemantapan pendidikan, kemahiran
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JEBAT YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan memantapkan kelestarian pendidikan.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Cuaca Panas, Stres: Tips kepada bakal jemaah Haji
Hari wukuf bagi musim haji 2024 adalah pada 9 Zulhijah atau bersamaan 15 Jun 2024, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Haji 2024: Jemaah wanita paling ramai
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan jumlah Jemaah wanita Haji dan pecahan mengikut umur. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Kanak-kanak sembilan tahun jadi mangsa dera diselamatkan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun diselamatkan polis daripada terus menjadi mangsa dera bapa angkatnya.
Lelaki maut dalam kereta dengan sambungan getah paip dari ekzos
Setibanya di lokasi, polis mendapati mangsa yang berusia 48 tahun itu maut di dalam kereta jenis Proton Saga warna putih yang dalam keadaan berkunci.