Lembah Lenggong disasar menjadi pusat pelancongan arkeologi utama negara dalam tempoh dua tahun.
Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Lenggong, Faizal Nizam Md Nor berkata, bagi mencapai sasaran tersebut, Lenggong bakal menawarkan pelbagai tarikan dan aktiviti baharu selain tapak warisan dunia UNESCO yang sedia ada.
Menurut beliau, antara tarikan baharu yang bakal diperkenalkan di daerah itu termasuk tiga tapak peninggalan komunis, bangkai kapal terbang peninggalan tentera British dan sebuah hotel bertaraf empat bintang.
Katanya, kesemua kerja menai ktaraf prasarana sedia ada termasuk perancangan untuk memperbesarkan lagi galeri arkeologi Lenggong serta penghijauan Tasek Banding sedang giat dilaksanakan oleh pihaknya.
Jelas beliau, pihaknya juga menjangkakan peningkatan sehingga 40 peratus atau 40,000 pelancong dalam dan luar negara yang akan berkunjung ke daerah itu sehingga penghujung tahun ini.
Beliau juga menegaskan, kesemua pelan pembangunan pelancongan itu juga dibuat mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh UNESCO.
Astro Awani
Mon May 25 2015
Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Lenggong, Faizal Nizam Md Nor (kiri) berkata Lenggong bakal menawarkan pelbagai tarikkan dan aktiviti baharu selain tapak warisan dunia UNESCO yang sedia ada. -Gambar: Astro AWANI
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong kini diurus kerajaan negeri
MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara menyerahkan pengurusan Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong kepada kerajaan Perak.
Ulang tahun Lembah Lenggong: Kesan limpah dirasai rakyat, kini tumpuan arkeologi dunia
Selepas sedekad Lembah Lenggong di Hulu Perak diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO, apa yang telah berubah?
Malaysia dijangka punyai satu lagi Geopark Global di Lembah Lenggong
Sebagai permulaan, Lembah Lenggong dijangka dapat diistiharkan sebagai Geopark Kebangsaan dalam tahun ini.
Fokus kepada 'Perak Man' sebagai tarikan pelancong
Perak Man yang ditemukan di dalam Gua Runtuh, Lenggong pada tahun 1990 merupakan rangka manusia era paleolitik yang paling lengkap.
Lembah Lenggong disasar menjadi pusat pelancongan arkeologi utama negara
Lenggong bakal menawarkan pelbagai tarikan dalam usaha menjadikan Lembah Lenggong pusat pelancongan arkeologi utama negara.