awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
New York dilanda salji tebal, ribuan perjalanan terganggu
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dijangka punyai satu lagi Geopark Global di Lembah Lenggong

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/02/2021
11:16 MYT
Malaysia dijangka punyai satu lagi Geopark Global di Lembah Lenggong
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (dua,kanan) meninjau keadaan Gua Matsoorat pada lawatan kerja ke Geotapak Gunung Lang di Geopark Lembah Kinta hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Malaysia akan mempunyai satu lagi Geopark Global apabila Lembah Lenggong, di Perak disasarkan mendapat pengiktirafan itu menjelang tahun 2025.
Sebagai permulaan, Lembah Lenggong dijangka dapat diistiharkan sebagai Geopark Kebangsaan dalam tahun ini juga.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, Jawatankuasa Geopark Kebangsaan kini sedang melakukan kajian terakhir sebelum ia dapat diistihar sebagai Geopark Kebangsaan pada Julai ini, yang kedua di Perak selepas Geopark Lembah Kinta.
“Kedua-dua ini akan memberi impak pada pembangunan eko-pelancongan di Lenggong dan tentunya ciri-ciri atau keduanya berbeza.
"Ini penting bagi membolehkan pembangunan sebagaimana disebut tadi dapat dilakukan tetapi yang pastinya di Lenggong ia tidak akan mengganggu tapi dia melengkapkan Lenggong sebagai tapak warisan dunia,” katanya.
Beliau ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Geotapak Gunung Lang dan Gunung Matsoorat di Geopark Lembah Kinta di Ipoh, pada Isnin.
Beliau turut menjelaskan pembangunan ekonomi masih boleh dilaksanakan di dalam kawasan geopark, berbanding kawasan yang diwartakan sebagai kawasan warisan.
Bagaimanapun, kementerian berharap sebarang pembangunan yang ingin dilakukan mestilah tidak menjejaskan kriteria yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Geopark Global
#Lembah Lenggong
#Geopark Kebangsaan
#Menteri Tenaga dan Sumber Asli
#Shamsul Anuar Nasarah
#Geotapak Gunung Lang
#Gunung Matsoorat
#Geopark Lembah Kinta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan