Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan bahawa Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditubuhkan secara sah di sisi undang-undang oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan rayuan kerajaan negeri selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang memutuskan PPS sebuah pertubuhan haram.
Panel dengan itu membenarkan perintah certiorari kepada kerajaan negeri untuk membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri bertarikh 3 Nov 2014 yang mengisytiharkan PPS sebagai pertubuhan haram.
Hakim Tengku Maimun yang bersidang bersama Hakim Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Mary Lim Thiam Suan yang mencapai keputusan sebulat suara juga membenarkan perintah yang dipohon oleh kerajaan negeri untuk mengisytiharkan PPS bukan sebuah pertubuhan mengikut Akta Pertubuhan 1965.
Beliau turut membenarkan perintah mandamus mengarahkan responden supaya mengembalikan semula jaket, peralatan, cop materai, lencana, senjata api dan dokumen yang dirampas daripada PPS.
Pada 22 Nov tahun lepas Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang menolak permohonan semakan kehakiman oleh kerajaan negeri dengan memutuskan PPS ditubuhkan menyalahi undang-undang kerana ia tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan.
Kerajaan negeri pada 27 Jan, 2015, memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan PPS sebuah pertubuhan haram.
Dalam permohonan bagi semakan kehakiman, kerajaan negeri menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
PPS ditubuhkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2011 dengan objektif membantu kerajaan negeri membanteras jenayah selain menjaga kebajikan dan keselamatan awam penduduk Pula Pinang.
Anggota PPS berkhidmat secara sukarela.
Peguam Tommy Thomas dan S. Ambiga mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang sementara pegyuam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden.
Shamsul memberitahu pemberita bahawa beliau akan mendapatkan arahan mengenai sama ada ungtuk membawa perlara itu ke Mahkamah Persekutuan. -- Bernama
Bernama
Tue Mar 28 2017
Pada 22 Nov tahun lepas Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang menolak permohonan semakan kehakiman oleh kerajaan negeri dengan memutuskan PPS ditubuhkan menyalahi undang-undang . - Gambar hiasan
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Mahkamah Rayuan isytihar PPS ditubuh secara sah mengikut undang-undang
Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan bahawa Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditubuhkan secara sah di sisi undang-undang oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.