Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dua pihak lain untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan seorang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf dibinkan dengan nama bapanya.
Peguam Nizam Bashir, yang mewakili pasangan berkenaan dan kanak-kanak terbabit dalam kes itu, berkata panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan itu atas alasan tidak terdapat keadaan khusus untuk membenarkan penangguhan itu.
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Hakim Puan Sri Zaleha Yusof.
Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob, yang mewakili JPN, Ketua Pengarah JPN dan Kerajaan Malaysia, memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penangguhan bagi pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang diumumkan pada 25 Mei tahun ini sementara menungggu keputusan tentang permohonan mereka mendapatkan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan.
Dalam penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang dikeluarkan pada 25 Julai tahun ini, Abdul Rahman berkata Ketua Pengarah JPN tidak terikat dengan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam menentukan nama bapa seseorang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf.
Pada 25 Mei tahun ini, panel sama membenarkan rayuan dikemukakan pasangan itu, yang memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi memastikan Ketua Pengarah JPN menukar perkataan "Abdullah" sebagai bin untuk nama kanak-kanak itu kepada nama bapanya dalam sijil kelahiran kanak-kanak berkenaan.
Dalam penghakiman itu, Abdul Rahman berkata bidang kuasa ketua pengarah berkenaan adalah bersifat sivil dan hanya terhad kepada dalam menentukan sama ada ibu bapa kanak-kanak itu telah memenuhi syarat yang terkandung dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) yang meliputi semua kanak-kanak tidak sah taraf melibatkan orang Islam dan bukan Islam.
Beliau berkata fatwa bukan perkara yang wajib diterima oleh undang-undang dan tidak boleh dijadikan asas undang-undang oleh Ketua Pengarah JPN dalam menentukan nama bapa seseorang anak yang tidak sah taraf mengikut Seksyen 13A (2) BDRA.
Sementara itu, ketika dihubungi Bernama, Nizam berkata Mahkamah Rayuan mengambil maklum bahawa permohonan pemohon bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu itu bukan sesuatu yang tidak berasas, tetapi penangguhan tidak diperlukan kerana JPN boleh membatalkan sebarang pendaftaran atau pembetulan yang akan memberi kesan terhadapnya dalam mendapatkan keputusan Mahkamah Rayuan.
"Kami memaklumkan kepada mahkamah bahawa kami tidak akan menguatkuasakan keputusan Mahkamah Rayuan untuk sementara waktu sehinggalah keputusan mengenai permohonan kebenaran untuk merayu atau mendapatkan prosiding di Mahkamah Persekutuan dibuat," katanya.
Beliau turut memberitahu bahawa mahkamah juga tidak mengeluarkan perintah tentang kos.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2017
Mahkamah Rayuan mengambil maklum bahawa permohonan pemohon bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu itu bukan sesuatu yang tidak berasas, tetapi penangguhan tidak diperlukan.
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG
Penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Kanak-kanak sembilan tahun kes termuda lahir anak luar nikah
Negara mencatatkan kes termuda kelahiran anak luar nikah membabitkan kanak-kanak perempuan sembilan tahun.
Kelahiran anak luar nikah membimbangkan
Kelahiran anak tidak sah taraf atau luar nikah pada masa kini melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur dilihat amat membimbangkan, kata Pengerusi Yayasan Ikhlas Profesor Zainur Rashid Zainuddin.
Punya anak luar nikah, Rezky Aditya: "Saya minta maaf atas masa lalu"
Rezky Aditya meminta maaf atas perbuatan tak terpuji dirinya di masa lalu bersama Wenny Ariani.
Polis Melaka tumpas sindiket pemerdagangan bayi
Tiga bayi berusia tiga hingga tujuh bulan dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan.
Wanita berbapakan Muslim, ibu penganut Buddha, diisytiharkan sebagai bukan Muslim
Tengku Maimun memutuskan Rosliza bukan orang yang menganut agama Islam kerana tidak ada bukti bahawa beliau adalah seorang Islam dengan kepercayaan yang sebenar.
Cinta palsu: Kerani dirogol teman lelaki hingga mengandung anak luar nikah
Seorang kerani sebuah syarikat swasta terpaksa merelakan dirinya dirogol berkali-kali sehingga dia mengandung anak luar nikah.
Kecoh kisah anak luar nikah tidak boleh dinikahi, ini penjelasan PU Azman
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu status tentang anak luar nikah yang tidak boleh dinikahi oleh mana-mana lelaki dan perempuan yang berpegang kuat pada agama.
Mahkamah Rayuan tolak permohonan JPN tangguh pelaksanaan keputusan
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan itu atas alasan tidak terdapat keadaan khusus untuk membenarkan penangguhan itu.
Tunggu keputusan mahkamah nasab anak tidak sah taraf orang Islam
Beliau turut menasihati umat Islam di negara ini supaya bertenang berhubung keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan itu.
Asyraf Wajdi jawab isu penamaan anak luar nikah
Berikut kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung polemik penamaan anak luar nikah.