Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan dalam menangani cabaran isu serantau melalui ASEAN yang kukuh, berjaya dan bersifat inklusif, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau berkata, sebagai contoh, di arena kemanusiaan, Wisma Putra terus memberi bantuan dan sokongan kemanusiaan kepada pihak yang amat memerlukan bantuan dari seluruh dunia.
"Dari Teluk Benggala hinggalah ke kawasan perkampungan di Syria, diplomat kita mengetengahkan penderitaan yang dialami manusia di sana serta berusaha untuk melaksanakan inisiatif penting bagi meringankan kesengsaraan yang mereka alami.
"Kita terus memainkan peranan penting bagi menjamin keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di luar negara, terutama di zon yang dilanda sengketa. Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa Wisma Putra memainkan peranan penting dalam melindungi rakyat negara kita di seberang laut," katanya pada Majlis Graduasi Diploma Diplomasi 2017, di sini hari ini.
Pada majlis itu, 18 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) menerima diploma masing-masing setelah mengikuti program enam bulan yang diwajibkan bagi pegawai baharu Kementerian Luar.
Program itu disusun bagi mempersiapkan dan melengkapkan peserta dengan kemahiran profesional serta sikap dan nilai yang betul untuk melaksanakan tugas mereka sebagai diplomat dengan berkesan.
Menyentuh tentang diplomat muda, Reezal berkata kementerian itu serius dalam melahirkan diplomat Malaysia yang bersifat holistik bagi meningkatkan lagi prestij negara ini sebagai 'kuasa pertengahan' di rantau ini.
Justeru, kata beliau, diplomat muda perlu dilengkapkan dengan kemahiran berkaitan serta peralatan terkini untuk membolehkan mereka berurusan secara berkesan dengan negara dan pemegang kepentingan lain.
Beliau berkata diplomat masa akan datang perlu fasih dan cekap tentang undang-undang antarabangsa, perdagangan, ekonomi dan bahasa asing untuk membolehkan mereka bergerak seiring dengan kepesatan perubahan masa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2018
REEZAL: Dalam arena kemanusiaan, Wisma Putra terus memberi bantuan dan sokongan kemanusiaan kepada pihak yang amat memerlukan bantuan dari seluruh dunia. - Gambar fail
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.