Mayat mendiang Chin Hsien Loong, seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam tragedi letupan gas di pusat beli belah CityOne Megamall di Kuching Sarawak semalam akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Butterworth esok.
Menurut bapa saudaranya, Hock Meng Chin, mayat anak saudaranya itu akan ditempatkan di kediaman ibu bapa mendiang di Jalan Bawal, Taman Kimsar bagi membolehkan kenalan dan saudara-mara memberikan pehghormatan terakhir,
Katanya, mayat mendiang Hsien Loong juga akan kebumikan pada hari Sabtu ini.
Pada masa ini, Meng Chin berkata, pihak keluarha sedang menguruskan proses tuntutan mayat di Hospital Umum Sarawak di Kuching.
Mendiang Hsien Loong berada di Sarawak bagi menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di sebuah restoran makanan Korea yang sepatutnya dibuka secara rasmi hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku pukul 3.30 petang Selasa, Hsien Loong , 29 , serta dua lagi mangsa Tchee Kiam Jong 24, dan O Kui Lim, 49, maut dalam letupan gas di Cityone Megamall, Kuching Sarawak.
Kesemua mangsa dipecayai terkorban akibat dihempap runtuhan susulan letupan gas di pusat beli belah yang menjadi tumpuan warga bandaraya terutama pada hujung migggu itu.
Setakat ini seramai 44 mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Dec 05 2018
SELAIN mengorbankan tiga orang, tragedi pusat beli belah CityOne di Kuching, Sarawak meletup turut menyebabkan 44 orang cedera.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Mayat Chin Hsien Loong akan dibawa pulang ke Butterworth esok
Mayat mendiang Chin Hsien Loong yang maut dalam tragedi letupan gas di pusat beli belah CityOne Megamall di Kuching Sarawak semalam akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Butterworth.