Mayat mendiang Chin Hsien Loong, seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam tragedi letupan gas di pusat beli belah CityOne Megamall di Kuching Sarawak semalam akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Butterworth esok.

Menurut bapa saudaranya, Hock Meng Chin, mayat anak saudaranya itu akan ditempatkan di kediaman ibu bapa mendiang di Jalan Bawal, Taman Kimsar bagi membolehkan kenalan dan saudara-mara memberikan pehghormatan terakhir,

Katanya, mayat mendiang Hsien Loong juga akan kebumikan pada hari Sabtu ini.

Pada masa ini, Meng Chin berkata, pihak keluarha sedang menguruskan proses tuntutan mayat di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Mendiang Hsien Loong berada di Sarawak bagi menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di sebuah restoran makanan Korea yang sepatutnya dibuka secara rasmi hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku pukul 3.30 petang Selasa, Hsien Loong , 29 , serta dua lagi mangsa Tchee Kiam Jong 24, dan O Kui Lim, 49, maut dalam letupan gas di Cityone Megamall, Kuching Sarawak.

Kesemua mangsa dipecayai terkorban akibat dihempap runtuhan susulan letupan gas di pusat beli belah yang menjadi tumpuan warga bandaraya terutama pada hujung migggu itu.

Setakat ini seramai 44 mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.