KURANG pemahaman, sempit pemikiran dan salah tafsiran menyebabkan ada individu cepat melatah dengan mempertikaikan penggunaan dana sumbangan orang awam.
Terkini, peruntukan dana Tabung COVID-19 MedTweetMY untuk penyediaan tudung kegunaan anggota perubatan barisan hadapan merawat pesakit COVID-19 menjadi sasaran.
Melalui laman media sosial, seorang aktivis sosial terkenal; mempersoal dana berjumlah RM280,000 yang disalur bagi penyediaan 8,000 helai tudung. Ya, lebih suku juta ringgit perbelanjaan untuk – tudung!
Dengan nada garang, aktivis sosial itu menyoal; “How is tudung essential. People have no food out there lah!!! Take note it’s for 8,000 helai tudung” (Adakah tudung keperluan? Orang tak ada makanan diluar sanalah!!! Perhatikan, (jumlah wang) untuk 8,000 helai tudung.”
Sememangnya kerja individu ini menjadi 'pemerhati sukarela' menegur apa sahaja yang dikira 'salah guna kuasa' atau 'pembaziran sumber awam'.
Namun dalam isu 'tudung' ini, pemerhatian kalangan penyokongnya agak tersasar, mencerminkan pemikiran dan pegangan dari kaca mata mereka tersendiri.
Membalas tohmahan tersebut, jurucakap MedTweetMY memberi penjelasan apa sebenar 'tudung' yang diguna oleh barisan hadapan di hospital merawat pesakit COVID-19.
Tudung yang dimaksudkan merupakan sebahagian daripada pakaian perlindungan diri atau PPE (personal protection equipment) yang bertujuan memberi perlindungan seluruh badan termasuk rambut, leher dan tangan pemakai – lelaki dan perempuan.
Jauh dari tujuan 'melaram', tudung yang dimaksudkan merupakan pakaian penting yang menentukan tumpuan rawatan dapat diberi kepada pesakit COVID-19 sepenuhnya.
Pandangan meleset aktivis sosial itu mendapat sambutan kalangan penyokongnya yang jelas tidak faham apa itu 'tudung' yang dimaksudkan.
Respons mereka mencerminkan sentimen perkauman melalui kata-kata kesat mengutuk penggunaan dana sumbangan bagi tujuan pemakaian patuh syariah menutup aurat.
Penjelasan daripada MedTweetMY itu sudahpun diterima oleh aktivis sosial terbabit yang sudah menggunakan laman media sosialnya untuk memohon maaf.
Menurut individu terbabit, soalan tentang dana tudung itu ditimbulkan bertujuan mendapat penjelasan dan bukan untuk menganiaya sesiapa.
Razak Chik
Mon Apr 13 2020
Tudung yang sebenarnya penutup kepala ini merupakan sebahagian daripada PPE yang digunakan doktor, jururawat dan pembantu perubatan merawat pesakit COVID-19, bukan tujuan untuk 'melaram. - Foto: Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.