Myanmar perlu digantung daripada menganggotai ASEAN jika krisis kemanusiaan terus berlaku khususnya terhadap etnik Rohingya.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata penggantungan itu wajar dilakukan sehingga Myanmar mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Jelasnya, tindakan untuk menggantung Myanmar itu boleh dibuat melalui satu mesyuarat tergempar antara negara-negara ASEAN.
"ASEAN mesti tegas terhadap kerajaan Myanmar dan tentera Myanmar, kerana ASEAN adalah kumpulan negara terdekat.
"Jika keadaan di sana tidak berubah, kita juga minta ketua-ketua negara ASEAN untuk mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Myanmar.
"Apa sahaja hubungan boleh dikembalikan seperti sedia kala, selepas Myanmar membuktikan keadaan semakin bertambah baik," kata Mohd Azmi dalam satu sidang media Mesyuarat Strategik mengenai Rohingya di sini, pada Selasa.
Mesyuarat selama dua hari, anjuran MAPIM, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) itu melibatkan 90 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari dalam dan luar negara.
"Hasil mesyuarat kali ini, kami akan menubuhkan sebuah jawatankuasa tetap yang akan melaksanakan pelan strategik dalam enam bidang tindakan.
"Ia termasuk kempen media dan dokumentasi, mobilasisi massa rakyat, advokasi rakyat, lobi badan-badan dunia, bantuan kemanusiaan dan lobi kepada organisasi antarabangsa," kata Mohd Azmi.
Sementara itu, Jawatankuasa Tetap ini juga mendesak penarikan balik Anugerah Nobel Keamanan dari pemimpin Myanmar, Aun San Suu Kyi
"Ada kempen yang sedang dilakukan dan kami turut bersama mengatakan gelaran itu perlu ditarik balik.
"Kita juga memberi penekanan, Aun Sang Suu Kyi juga telah menjadi alat kepada tentera, dan yang perlu diberi perhatian adalah tentera Myanmar kerana tanpa Aun Sang Suu Kyi, pihak tentera Myanmar sudah melaksanakan genosid sejak 1978.
"Kami buat keputusan, fokus kepada tentera ini harus dilakukan. Kami sudah menamakan panglima-panglima tentera ini yang mesti diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)," katanya.
Sebelum ini, kerajaan Myanmar didapati bersalah melakukan genosid, jenayah perang dan jenayah menentang kemanusiaan terhadap etnik Rohingya di negara itu
Tribunal Awam Tetap (PPT) terhadap Myanmar juga mendapati Kerajaan Myanmar berniat melakukan genosid terhadap etnik Kachin dan kumpulan minoriti Islam di negara itu.
Dania Zainuddin
Tue Oct 03 2017
MOHD AZMI: Tindakan untuk menggantung Myanmar itu boleh dibuat melalui satu mesyuarat tergempar antara negara-negara ASEAN.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.