Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau telah mencadangkan pembinaan "Jambatan Persahabatan" untuk menambah baik rangkaian jalan dan menjadi simbol persahabatan yang semakin berkembang antara Malaysia dan Singapura.
Cadangan itu adalah inisiatif jangka panjang yang akan membabitkan perbincangan meliputi pelbagai aspek serta kajian mendalam yang perlu dijalankan bersama-sama oleh kedua-dua negara, kata beliau.
Najib berkata demikian dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di sini.
"Saya ingin menegaskan bahawa ini adalah inisiatif jangka panjang, dengan mengambil kira rangkaian jalan menghubungkan Malaysia dan Singapura.
"Saya mencadangkan pembinaan Jambatan Persahabatan yang sudah pasti akan mempertingkat rangkaian jalan, memperbaiki persekitaran di samping mewujudkan hubungan lebih kukuh antara kedua-dua negara dan (menjadi) simbol persahabatan yang semakin berkembang antara kedua-dua negara kita," kata Najib.
Pembinaan jambatan yang akan menjadi rangkaian perhubungan baharu juga adalah satu daripada cara untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di seberang tambak dan melancarkan perjalanan antara kedua-dua negara.
Lee berkata antara faktor yang perlu dikaji adalah kapasiti trafik dan tempoh masa pemprosesan di kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).
"Buat masa sekarang, tumpuan adalah untuk meperbaiki aliran trafik di CIQ kerana pada waktu pagi, trafik memasuki Singapura. Saya fikir kenderaan yang beratur itu terlalu panjang, ia mengambil masa dua jam.
"Kami sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan di CIQ,. Untuk jangka panjang, saya dapat membayangkan dan meramalkan, kita perlu memperluas jalan yang menjadi penghubung di seberang Tambak Johor dan kita harus mengkaji sekarang bagaimana kita dapat membangunkannaya, untuk jangka panjang, jalan penghubung baharu itu," katanya.
Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura merupakan platform bagi pemimpin kedua-dua negara untuk mengkaji kerjasama dua hala.
Pemukiman diadakan secara bergilir oleh Malaysia dan Singapura dan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk mengkaji dan membincangkan inisiatif baharu dan kerjasama selanjutnya yang dapat memperkukuh hubungan dua hala.
Bernama
Mon Apr 07 2014
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Malaysia-Thailand setuju percepatkan pembinaan dua jambatan persahabatan
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bersama bagi membincangkandengan lebih terperinci cadangan pembinaan Jambatan Persahabatan antara Malaysia dan Thailandakan diadakan di Kuala Lumpur pada Mac ini.
Najib cadang 'Jambatan Persahabatan', tingkat hubungan Malaysia-Singapura
Najib Tun Razak mencadangkan pembinaan 'Jambatan Persahabatan' bagi menambah baik rangkaian jalan dan hubungan Malaysia dan SIngapura.
Jambatan Persahabatan dirasmikan
Masalah 40 ribu penduduk di Limbang dan daerah Temburung Brunei kini berakhir dengan pembinaan Jambatan Persahabatan.