Seorang pegawai bank berputih mata apabila diperdaya sebanyak RM3.2 juta oleh seorang lelaki dipercayai ahli sindiket Love Scam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa berusia 51 tahun itu mendakwa, dia berkenalan dengan lelaki bernama John Eric Chen melalui sebuah aplikasi, Coffee Meet Bagel pada Ogos tahun lalu.
Menurutnya, bermula dari perkenalan melalui aplikasi itu, hubungan suspek dan mangsa menjadi lebih akrab dan suspek berjanji untuk berkahwin dengan mangsa dalam masa terdekat.
"Suspek mula menawarkan untuk bekerjasama dengan mangsa dalam sebuah perniagaan bernilai USD25 juta. Mangsa yang percaya dengan semua janji tersebut telah bersetuju dengan tawaran suspek.
"Suspek kemudiannya meminta mangsa membuat pembayaran pendahuluan sebanyak USD38,000. Atas dasar percaya dan cinta, mangsa telah membuat 19 kali pindahan wang ke dalam tiga akaun yang diberikan suspek bermula Ogos sehingga September 2018," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambahnya, jumlah keseluruhan pindahan wang yang dibuat mangsa bernilai USD815,331 iaitu bersamaan RM3.26 juta.
"Selepas kesemua wang itu dipindahkan, suspek tidak dapat dihubungi lagi. Menyedari dirinya terperangkap dengan sindiket Love Scam, mangsa telah membuat laporan polis Selasa lalu untuk tindakan lanjut.
"Dari keterangan mangsa, dia memperolehi kesemua wang tersebut dari simpanannya sendiri dan wang gajinya. Lebih teruk, mangsa juga ada meminjam dari ahli keluarganya untuk membolehkan dia menuruti kehendak suspek," katanya.
Noorzainy turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah jatuh cinta dengan individu yang baharu dikenali terutamanya di media sosial.
"Saya menasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat serta tipu helah sindiket Love Scam ini.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah jatuh cinta atau pujuk rayu daripada seseorang yang baru dikenali melalui media sosial seperti Facebook, Instagram atau WeChat," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sinar Harian
Sat Jun 08 2019
Seorang pegawai bank berputih mata apabila diperdaya sebanyak RM3.2 juta oleh seorang lelaki dipercayai ahli sindiket Love Scam. -Gambar hiasan
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Padah jerat cinta, pegawai bank ditipu RM3 juta
Bermula dari perkenalan melalui aplikasi itu, hubungan suspek dan mangsa menjadi lebih akrab dan suspek berjanji untuk berkahwin dengan mangsa dalam masa terdekat.