Pas Pahang menerusi sayap Pemudanya hari ini, membuat laporan polis terhadap Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan Datuk A. Kadir Jasin serta aktivis sosial Hishamuddin Rais yang didakwa menghina Yang Dipertuan Agong (YDPA) Sultan Muhammad V.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang Andansura Rabu berkata sebanyak 15 laporan polis akan dibuat hari ini, di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri ini bagi mendesak siasatan dilakukan ke atas mereka yang cuba menjatuhkan imej YDPA dan institusi Raja Melayu.
Katanya, selain Kadir dan Hishamuddin, laporan polis juga dibuat ke atas tiga pengguna Facebook atas akaun milik Eloise Cian, Prem Keshan dan Ahmad Ridzuan Shamsuri yang didakwa menulis komen-komen tidak wajar di laman sosial itu.
"Kita melihat ada trend terhadap segelintir masyarakat yang cuba menjatuhkan dan menghina YDPA serta institusi Raja Melayu yang memerlukan pihak terlibat melakukan tindakan tegas bagi mengelakkannya daripada berterusan.
"Provokasi ini perlu dihentikan segera dan institusi Raja Melayu perlu dilindungi supaya tidak mengganggu keharmonian negara. Seharusnya semua rakyat menghormati perlembangaan dan institusi tersebut," katanya.
Andansura berkata demikian selepas menyertai Pemuda Pas Indera Mahkota, Kuantan dan Paya Besar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, hari ini.
Beliau menambah rakyat seharusnya faham bahawa kebebasan bersuara yang dinikmati perlu selari dengan rasa tanggungjawab dan seharusnya tidak menyentuh perkara sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak senang mana-mana pihak.
"Kita tidak menyekat kebebasan atau hak bersuara individu tetapi mesti ada had. Kebelakangan ini, ada suara suara-suara daripada mereka yang mempunyai pengaruh dan pengikut tersendiri melangkaui batasan dalam hak ini," katanya.
Kadir dan Hishamuddin menerima kritikan daripada banyak pihak selepas memuatnaik artikel menyentuh mengenai Sultan Muhammad V di laman blog mereka, iaitu www.kadirjasin.blogspot.com dan www.tukartiub.blogspot.com.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada Khamis lalu mengesahkan Kadir yang juga tokoh wartawan veteran itu akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas tulisannya.
Manakala Hishamuddin dalam laporan polisnya semalam menafikan ada memuat naik artikel berbau hasutan dan menghina YDPA sebaliknya mendakwa blognya telah digodam. -- BERNAMA
BACA: A Kadir Jasin letak jawatan
Bernama
Sat Jun 09 2018
Sebanyak 15 laporan polis akan dibuat hari ini, di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri ini bagi mendesak siasatan dilakukan ke atas mereka yang cuba menjatuhkan imej YDPA dan institusi Raja Melayu. - Facebook/Andansura Rabu
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
'Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin
Pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu kenamaan lain serta perbicaraan kes-kes rasuah berprofil tinggi bukanlah sebab untuk rakyat bergembira.
Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab
Kunjungan daripada pemimin UMNO itu langsung tidak membimbangkan malah ia sebenarnya perkara yang baik.
Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin
Menurut Kadir, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan bukan Melayu yang sudah tidak bersama Barisan Nasional.
Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.
[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman
Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.
Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir
Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.
Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir
Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin menyeru ahli-ahli Bersatu agar bertenang dan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan untuk menangani situasi politik semasa.
Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau melanggar prinsip dan janji yang dibuat terhadap Anwar.
Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO
A Kadir percaya kedua-dua pemimpin yang dianggap sebagai Melayu moderat itu, mampu membawa kembali UMNO kepada prinsip kesederhanaannya
Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri
Video intim Sandakan yang tular baru-baru ini seolah-olah mempunyai kehidupan tersendiri dalam arena politik negara.