Seorang pelajar Malaysia di Ponorogo, Jawa Timur, maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori, menurut jurucakap Kedutaan Malaysia di Jakarta.
Katanya Muhammad Nuqman Zamri, 20, pelajar Pondok Darussalam Gontor dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Menurut jurucakap itu, ketika kejadian itu pada Isnin, mangsa tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.
"Menurut pihak polis Ponorogo, kemalangan berlaku 4.30 petang semalam (Isnin) di Jalan Raya Dusun, Bendorangkang, Kabupaten Jombang.
"Disebabkan tiada dokumen pengenalan diri pada mangsa, pihak pengurusan pondok pengajiannya itu hanya mendapat maklumat kejadian sekitar jam 9 malam sebelum memaklumkan kejadian itu pada pihak kedutaan 7 pagi tadi (Selasa)," katanya.
Pihak kedutaan sedang menguruskan urusan pengebumian jenazah pelajar berasal dari Pulau Pinang itu, katanya.
"Pengebumian dijangkakan pada Rabu. Waris mangsa telah memutuskan untuk mengebumikan anak mereka di Ponorogo. Ketika ini pihak kedutaan sedang menguruskan surat konsular bagi urusan pengeluaran sijil kematian oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.
Pihak pengurusan pondok itu masih menunggu ketibaan ibu bapa pelajar berkenaan iaitu Zamri Yunus dan Azirah Taib dari Kuala Lumpur sebelum jenazah dikebumikan, kata jurucakap itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 18 2018
Pihak kedutaan sedang menguruskan urusan pengebumian jenazah pelajar yang berasal dari Pulau Pinang itu. - Gambar hiasan
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Insiden tembakan KLIA: Anak-anak tidak sabar jumpa bapa - Isteri
Dua anak kepada pengawal peribadi yang cedera parah akibat terkena tembakan dalam insiden di KLIA, sudah tidak sabar untuk bertemu bapa mereka.
Lelaki lepas tembakan, cuba bunuh isteri di KLIA
Tembakan berkenaan mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah.
Lelaki parah dipijak gajah liar
Mangsa berusia 55 tahun singgah di lokasi tersebut kerana mengalami sakit perut sebelum terserempak dengan mamalia terbabit.
Pembantu stor maut motosikal terbabas bertembung treler
Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan kemudian bertembung dengan sebuah treler di Gua Musang.
Dua warga emas maut, kereta terbabas bertembung lori ikan
Perjalanan tiga sahabat untuk belajar agama di sebuah Pusat Pengajian Pondok bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut.
Wanita hamil maut motosikal dinaiki berlanggar dengan van klinik pergigian
Seorang wanita Orang Asli yang hamil empat bulan maut selepas motosikal dinaikinya berlanggar dengan van klinik pergigian di Kilometer 37.8 Seremban-Tampin, Pekan Kota di sini petang tadi.
Pekebun mengaku tidak bersalah cederakan anggota polis
Dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis dengan melanggar mangsa menggunakan sebuah kereta.
Pekerja penyelenggara maut kepala tersepit lif
Seorang pekerja penyelenggaraan maut selepas kepalanya tersepit ketika menyelenggara lif di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Burmah, Pulau Pinang pada petang Selasa.
Lelaki maut dihempap pokok
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.