IPOH: Seorang pekebun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah seorang anggota polis dengan melanggarnya, pada Ahad
Tertuduh, T. Kuna, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis dengan melanggar mangsa menggunakan sebuah kereta jenis Proton Iriz.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan ladang sawit Jalan Chemor Tanjung Rambutan, Ipoh kira-kira pukul 8 malam, 4 Februari lalu.
Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima 20 tahun dan denda atau sebat.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nazreen Zabarudin mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh dan memohon tarikh sebutan baharu bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa dan lantikan peguam untuk tertuduh.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mac depan untuk tarikh sebutan semula kes.
Dalam kejadian pada Ahad, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal berumur 34 tahun, patah tulang rusuk dan tulang bahu akibat dilanggar dua kali oleh sebuah kereta ketika menjalankan tugas rondaan cegah jenayah bermotosikal di Jalan Tanjung Rambutan - Chemor.
Pada Selasa, lelaki itu bersama tunangnya yang berumur 33 tahun direman selama seminggu sehingga Isnin depan untuk membantu siasatan.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Feb 09 2024
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat. - Astro AWANI
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
Pekebun mengaku tak salah sokong, miliki gambar berkaitan Daesh
Seorang pekebun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas tiga pertuduhan menyokong dan memiliki gambar berkaitan kumpulan Daesh.
Pekebun rugi lebih RM100,000 terperdaya pelaburan mata wang kripto
Wanita berusia 36 tahun itu berminat menyertai pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan sebelum mendaftar dalam sistem yang diberikan suspek.
Pekebun mengaku tidak bersalah cederakan anggota polis
Dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis dengan melanggar mangsa menggunakan sebuah kereta.
Pekebun rugi lebih RM132,000 terperdaya kerja sambilan tidak wujud
Pada mulanya, mangsa telah ditawarkan bayaran sebanyak RM15 bagi tugasan 'like', 'follow' dan komen ke setiap akaun pengguna aplikasi TikTok.
Pekebun mengaku tidak bersalah tetak abang kandung
Tertuduh, Azmi M Taib, 53, membuat pengakuan tersebut dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.
Peniaga, pekebun tembikai terjejas akibat lambakan buah serta cuaca panas
Beberapa peniaga buah tembikai di negeri ini mendakwa mengalami kerugian akibat lambakan buah itu selain keadaan cuaca panas yang menyebabkan tembikai yang disimpan menjadi cepat rosak.
Pekebun Musang King perlu pertimbang permohonan semakan kehakiman semula - MB Pahang
Nasihat tersebut diberikan memandangkan Kerajaan Perpaduan kini terdiri daripada komponen BN dan PH.
Ketum mungkin jadi sumber pendapatan sekiranya dapat kebenaran eksport - Mahdzir
Jika eksport ketum menjadi sah di sisi undang-undang, tidak menjadi kesalahan bagi pekebun kecil getah untuk menjana pendapatan tambahan dengan menanam tumbuhan itu.